Thursday, February 05, 2009

Passion vs Obligation

Passion vs Obligation


Cinta itu melangkaui tanggungjawab.

Cinta terhadap kerja, tukang masak misalnya,
akan memasak dengan penuh kasih sayang berbanding tukang masak biasa yang memasak semata untuk melunaskan akad tanggungjawab semata.

Pemusik yang jujur juga seharusnya begitu, melahirkan musik atas kecintaan (baca:passionate) terhadap musik berbanding melaksanakan sahaja melodi nan indah, almaklumlah, melodi melimpah curah.
Abundance itu seharusnya dilaksanakan dengan penuh cinta.

Tujuan hidup, selain amanah dan tanggungjawab semata, cinta terhadap Sang Pencipta itu amatlah besar indahnya berbanding kita melaksanakan amanah semata-mata, TIADA CINTA.

Cinta adalah melangkaui motivasi, melaksanakan tanggungjawab tanpa rungut, tanpa menyerah kalah, tanpa ungkitan, tanpa mengharapkan balasan.

(Untuk kecintaan terhadap ALLAH, memanglah kita mengharapkan redha ALLAH, cinta ALLAH, syurga ALLAH)

Suami juga begitu, perlu diterapkan cinta kepada isterinya, berbanding
melunaskan tanggungjawab semata, tanpa chenta hehehe...

Apa aku melalut ni?

Ya ampun...

(Dalam bracket ini adalah doa aku yang aku sendiri je faham)

Amin...

1 comment:

Anonymous said...

GULP! tukang masak masak dengan kasih sayang.. Jadilah aku tukang makan dengan rasa kenyang.. peace bro..