Friday, May 01, 2009

Kami cuma amilin biasa

Komunikasi adalah penting.

Komunikasi + ukhwah lagi penting.

Apabila maksud tak sampai, mesej tersekat, tanggapan melekat
akan menghasilkan ketidak berjayaan komunikasi.

Si pekomunikasi akan menjauhkan sesama sendiri dan mungkin juga
berkata-kata secara curi-curi.

Makanya, di dalam meeting saya mungkin akan menjadi lebih lantang berbanding
sebelum ini, kerana saya banyak bermimpi sebelum ini.

Saya sayang BOS lama saya, saya juga akan patuh BOS baru saya. Wala' .
Saya sayang kedua mereka.

Bak kata BOS baru saya, biarlah bertelagah dalam meeting, agar mendapat kata sepakat selepas itu.Untuk beroleh berkat, pendapat awam tidak akan di sekat.

Gergasi ini(saya) akan berani di dalam meeting, berdepan dengan hujah, bertikam lidah , skeptikal dalam ruang lingkup mesyuarat sahaja(itupun kalau dipanggil hehe).
Apa yang dibincangkan di dalam meeting, KEKAL di dalam meeting.

Inshaallah, tiada meeting senyap (meeting di luar meeting)
mahupun gossip liar sewaktu teh tarik session.
Tiada juga memainkan peranan untuk mencaturkan, demi jemaah kononnya.
Dey! berkomunikasilah, bermesyuaratlah, berhujahlah dan jangan dok buat dotrin yang anda rasa penting menurut perkiraaan anda tanpa berkomunikasi dan mendapat izin dari ahli biasa, pimpinan dan seluruhnya.

Tolong jangan bawa kami ke dalam pertelagahan peribadi anda.
Seakan-akan memaksa kami memilih A atau B!

A dan B adalah perbezaan pendapat.
Sayangnya jika A dan B berperanan untuk menjauhi ukhwah dan komunikasi.

Anda boleh berhujah dan berlawan hujah, ketepikan serangan peribadi!

Kami sedia memerhati dan jadi saksi.
Kami hanya ingin berbakti, berdemokrasi dan beraksi!

Walaupun kami cuma amilin biasa, mohon hormati kami :)


Andai suka atau tidak suka, sila jalani mesyuarat secara sihat, komunikasi demi penjelasan pemahaman maksimum, berlapang dada dan berkasih sayang.

p/s:penjelasan separuh- separuh akan mengundang interpertasi dan ketidakpuasan hati.

Do i get my messege clear?

4 comments:

Anonymous said...

mcm luah perasaan je

ayahngah said...

I like!!! U know me..suka makan roti cheese..hang yang ajaq aku :-)

nur said...

haha... ini yang ana paling suka ni :-D . Sungguh vokal bunyinya, good job Amad.

elmaf said...

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut parti binasa..

Rusa sering lupakan Jerat,
tapi Jerat tidak pernah lupa Rusa

Tulisan yang bernas bro sahab.. keep it up.. ( gaya hero hindustan)