Showing posts with label komunikasi. Show all posts
Showing posts with label komunikasi. Show all posts

Friday, September 07, 2012

Kopi pagi bersama Papa.



Suasana pagi itu di PPAS sangat indah! Aku dan Papa menikmati pemandangan yang cantik di Café PPAS. Kami berdua menghirup kopi putih dengan aroma ‘memori’ yang penuh nostalgia buat kami berdua.
Pagi itu dingin. Pemandangan pagi hijau segar. Kenangan manis kami menikmati kopi di pagi itu sangat bermakna. PRICELESS! Bak kata orang putih.

Papa adalah penggemar Nescafé sedari 80-an lagi. Kopi putih itu adalah pengaruh aku terhadap Papa.
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana.  Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!

Di tahun 90-an budaya minum kopi malam di gerai menjadi budaya kami semasa bulan ramadhan seusai terawikh. Abang E, adikku Faizul, aku dan Papa singgah di gerai untuk mencicip cangkir individu kami. Aku dengan the tarikku, Abang E juga. Adikku Faizul mungkin dengan Milo Ais atau Horlicknya. Papa seperti biasa, setia bersama Nescafé tarik kegemarannya.

Adikku Hafiz, pembikin filem yang mula menempa namanya, bersama Kamil sepupuku serta adikku Safuan, kuajak menikmati kopi di kedai yang agak mahal. Sengaja ingin kuberikan ‘feel’ yang berbeza kepada mereka.Kami berborak lama-lama kerana tak berbaloi menghirup kopi mahal dan pulang segera di tempat ang konon ekslusif itu. Borak filem, minum kopi. Akhirnya, sengaja juga Hafiz membayar kopi kami J. Hafiz sinonim dengan kopi kedai mamak, terbukti mampu menghasilkan karya SUPERSTAR! Tanpa perlu menghirup kopi mahal!

Mama adalah pembuat kopi O yang hebat! Abang Bad dan bos aku Wan di Leo Burnett dulu, sering sahaja aku kongsikan isi kandung termos biruku. Mereka menyukainya! Selain Mama, Kak Yah juga adalah pembuat kopi O yang hebat!

Adikku Aini penggemar kopi yang tegar! Adikku Faizul juga. Adikku Nurbaya juga. Kakakku Ainol juga. Azlan Syah juga! Kami keluarga penggear kopi.

Adikku Aini, sering sahaja menikmati kopi untuk memulakan harinya. Kopi mahal jangan ceritalah! Kopi Kemaman Hai Peng, dialah hantunya. Starbucks, Cool Planet adalah mainannya. Port kopi, tanya dia.

Adikku Nurbaya, sedari zaman Universiti, pemanas air dibawa semata-mata untuk kopinya. Adiku Faizul, penggemar Nescafé apabila menginjak dewasa. Pada satu ketika, beliau terpaksa minum kopi tanpa susu kerana lactose intolerance. Aku pula mengalami lactose intolerance beberapa tahun kemudian daripadanya. Beliau yang mengajarkan kepadaku bahawa badanku telah tepu untuk dimasuki susu. Ada sepanjang satu tahun itu, aku hanya minum kopi O.

Ada tiga sahabat kopi yang aku rindu untuk berkopi dengan mereka. Elmafraqi, Tawel dan tentunya Zainal Zulia. Di kebanyakan waktu, mereka yang belanjaku. Insyaallah aku akan belanja mereka pada waktu yang mendatang. We shall chatting like nobody’s business!.

Berbalik kepada hero cerita ini, Papa. Semasa kecilnya, Atukku bekerja sendiri sebagai prebet sapu. Sangat comel cara mereka minum teh susu. Zaman tu zaman budget lah kan. Atuk aku bukannya orang kaya pun. Sebab itu, kalau mereka minum, Atuk aku akan pesan satu teh susu dan  Papa akan minum pakai piring dan Atukku pakai cawan. Air dibahagi dua! Comel kan?

Usahlah ditanyakan kenapa aku mencintai kopi kerana ia telahpun berkembang sekian lamanya di dalam sejarah keluargaku…

Aku akan buka kedai kopi. (Insyaallah)
Penggemar kopi putih, kopi O dan latte adalah aku!

Friday, May 01, 2009

Kami cuma amilin biasa

Komunikasi adalah penting.

Komunikasi + ukhwah lagi penting.

Apabila maksud tak sampai, mesej tersekat, tanggapan melekat
akan menghasilkan ketidak berjayaan komunikasi.

Si pekomunikasi akan menjauhkan sesama sendiri dan mungkin juga
berkata-kata secara curi-curi.

Makanya, di dalam meeting saya mungkin akan menjadi lebih lantang berbanding
sebelum ini, kerana saya banyak bermimpi sebelum ini.

Saya sayang BOS lama saya, saya juga akan patuh BOS baru saya. Wala' .
Saya sayang kedua mereka.

Bak kata BOS baru saya, biarlah bertelagah dalam meeting, agar mendapat kata sepakat selepas itu.Untuk beroleh berkat, pendapat awam tidak akan di sekat.

Gergasi ini(saya) akan berani di dalam meeting, berdepan dengan hujah, bertikam lidah , skeptikal dalam ruang lingkup mesyuarat sahaja(itupun kalau dipanggil hehe).
Apa yang dibincangkan di dalam meeting, KEKAL di dalam meeting.

Inshaallah, tiada meeting senyap (meeting di luar meeting)
mahupun gossip liar sewaktu teh tarik session.
Tiada juga memainkan peranan untuk mencaturkan, demi jemaah kononnya.
Dey! berkomunikasilah, bermesyuaratlah, berhujahlah dan jangan dok buat dotrin yang anda rasa penting menurut perkiraaan anda tanpa berkomunikasi dan mendapat izin dari ahli biasa, pimpinan dan seluruhnya.

Tolong jangan bawa kami ke dalam pertelagahan peribadi anda.
Seakan-akan memaksa kami memilih A atau B!

A dan B adalah perbezaan pendapat.
Sayangnya jika A dan B berperanan untuk menjauhi ukhwah dan komunikasi.

Anda boleh berhujah dan berlawan hujah, ketepikan serangan peribadi!

Kami sedia memerhati dan jadi saksi.
Kami hanya ingin berbakti, berdemokrasi dan beraksi!

Walaupun kami cuma amilin biasa, mohon hormati kami :)


Andai suka atau tidak suka, sila jalani mesyuarat secara sihat, komunikasi demi penjelasan pemahaman maksimum, berlapang dada dan berkasih sayang.

p/s:penjelasan separuh- separuh akan mengundang interpertasi dan ketidakpuasan hati.

Do i get my messege clear?

Monday, March 16, 2009

RUD 18: Komunikasi dan anda






Untuk mendownloadnya, sila klik SINI (right click and save as...)