Showing posts with label diary. Show all posts
Showing posts with label diary. Show all posts

Friday, September 07, 2012

Kopi pagi bersama Papa.



Suasana pagi itu di PPAS sangat indah! Aku dan Papa menikmati pemandangan yang cantik di Café PPAS. Kami berdua menghirup kopi putih dengan aroma ‘memori’ yang penuh nostalgia buat kami berdua.
Pagi itu dingin. Pemandangan pagi hijau segar. Kenangan manis kami menikmati kopi di pagi itu sangat bermakna. PRICELESS! Bak kata orang putih.

Papa adalah penggemar Nescafé sedari 80-an lagi. Kopi putih itu adalah pengaruh aku terhadap Papa.
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana.  Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!

Di tahun 90-an budaya minum kopi malam di gerai menjadi budaya kami semasa bulan ramadhan seusai terawikh. Abang E, adikku Faizul, aku dan Papa singgah di gerai untuk mencicip cangkir individu kami. Aku dengan the tarikku, Abang E juga. Adikku Faizul mungkin dengan Milo Ais atau Horlicknya. Papa seperti biasa, setia bersama Nescafé tarik kegemarannya.

Adikku Hafiz, pembikin filem yang mula menempa namanya, bersama Kamil sepupuku serta adikku Safuan, kuajak menikmati kopi di kedai yang agak mahal. Sengaja ingin kuberikan ‘feel’ yang berbeza kepada mereka.Kami berborak lama-lama kerana tak berbaloi menghirup kopi mahal dan pulang segera di tempat ang konon ekslusif itu. Borak filem, minum kopi. Akhirnya, sengaja juga Hafiz membayar kopi kami J. Hafiz sinonim dengan kopi kedai mamak, terbukti mampu menghasilkan karya SUPERSTAR! Tanpa perlu menghirup kopi mahal!

Mama adalah pembuat kopi O yang hebat! Abang Bad dan bos aku Wan di Leo Burnett dulu, sering sahaja aku kongsikan isi kandung termos biruku. Mereka menyukainya! Selain Mama, Kak Yah juga adalah pembuat kopi O yang hebat!

Adikku Aini penggemar kopi yang tegar! Adikku Faizul juga. Adikku Nurbaya juga. Kakakku Ainol juga. Azlan Syah juga! Kami keluarga penggear kopi.

Adikku Aini, sering sahaja menikmati kopi untuk memulakan harinya. Kopi mahal jangan ceritalah! Kopi Kemaman Hai Peng, dialah hantunya. Starbucks, Cool Planet adalah mainannya. Port kopi, tanya dia.

Adikku Nurbaya, sedari zaman Universiti, pemanas air dibawa semata-mata untuk kopinya. Adiku Faizul, penggemar Nescafé apabila menginjak dewasa. Pada satu ketika, beliau terpaksa minum kopi tanpa susu kerana lactose intolerance. Aku pula mengalami lactose intolerance beberapa tahun kemudian daripadanya. Beliau yang mengajarkan kepadaku bahawa badanku telah tepu untuk dimasuki susu. Ada sepanjang satu tahun itu, aku hanya minum kopi O.

Ada tiga sahabat kopi yang aku rindu untuk berkopi dengan mereka. Elmafraqi, Tawel dan tentunya Zainal Zulia. Di kebanyakan waktu, mereka yang belanjaku. Insyaallah aku akan belanja mereka pada waktu yang mendatang. We shall chatting like nobody’s business!.

Berbalik kepada hero cerita ini, Papa. Semasa kecilnya, Atukku bekerja sendiri sebagai prebet sapu. Sangat comel cara mereka minum teh susu. Zaman tu zaman budget lah kan. Atuk aku bukannya orang kaya pun. Sebab itu, kalau mereka minum, Atuk aku akan pesan satu teh susu dan  Papa akan minum pakai piring dan Atukku pakai cawan. Air dibahagi dua! Comel kan?

Usahlah ditanyakan kenapa aku mencintai kopi kerana ia telahpun berkembang sekian lamanya di dalam sejarah keluargaku…

Aku akan buka kedai kopi. (Insyaallah)
Penggemar kopi putih, kopi O dan latte adalah aku!

Wednesday, August 03, 2011

Berpuasa di perantauan


Sedar tidak sedar, sudah sebulan lebih aku di Sabah, meneruskan kehidupan sebagai encik suami kepada Ain Khadijah.

Pertama kali bagi kami suami isteri berbuka bersama, di dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke teratak kecil kami yang jauhnya 4 jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Perjalanan agak mencabar kerana terdapat beberapa laluan kami jalannya berturap dek tanah runtuh, jalan dalam pembaikian dan jalan 'grabble'.

Kami sempat berbuka dengan roti yang kami beli di putatan sebelum bergerak balik ke teratak kecil kami.


Indah!
Pengalaman diteruskan!

Wednesday, October 27, 2010

Ada apa di dalam beg sandang kamu?








Jika anda di tahun 80-an, buku nota(jurnal), kamera automatik dan walkman kaset pasti menjadi inti kandung di dalam beg sandang kulit anda.

Tahun 90-an, discman, digital diari dan gameboy di dalam beg sandang kanvas kamu.

Di tahun 2000-an pula, mp3, digital kamera, handphone, psp, thumbdrive mengambil alih tempat di dalam beg sandang crumpler kamu.

Kini, di tahun 2010, lelaki seni 'typical' ini memilih untuk meletakkan Kamers LC-A (atau LX3), buku nota dan pen di dalam beg sandang kulitnya. Thumb drive mungkin aksesori tambahan.

1) Perbezaan kesan penggunaan antara kamera digital LX3 dengan kamera filem LC-A.
Kamera digital, biasanya boleh mengambil sehingga 400 keping gambar dengan kualiti tinggi dan baterinya mungkin bertahan setengah hari pada maksimum penggunaan.
Kamera filem LC-A pula, baterinya mungkin bertahan selama sebulan pada penggunaan maksimum dan kos penyenggelaraan yang mahal untuk menerbitkan gambar di alam digital. Oh ya, filem pun terhad kepada 36 keping gambar untuk satu gulungan filem, itupun jika tangkapannya elok.

Dari segi congakan kasar psychology, pengguna kamera filem lebih cenderung untuk berhati-hati atau mengambil gambar yang paling 'significant', manakala pengguna kamera digital akan 'snap' sesedap 'ruang yang terdapat di memori chip kameranya dan juga jangka hayat bateri, selama mana ia bertahan.

Dari segi kecenderungan untuk mencetak gambar, sudah tentulah pemenangnya adalah pemilik kamera filem. Kecenderungan untuk berkongsi gambar di alam maya, dimenangi oleh kamera digital.

LC-A kamera filem ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Gambarnya yang tersendiri menyebabkan ramai yang terjebak untuk memilikinya walaupun harganya jauh lebih mahal daripada kos pembuatannya. Emm maksud saya lebih lebih lebih mahal!

LX3 adalah lagenda untuk kompak kamera digital. Pengendalian secara manual seluruhnya, penambahan lensa, penambahan lampu flash menyebahkan ianya menjadi kegilaan peminat kamera kompak seperti saya.Namun ia juga mempunya keterbatasannya tersendiri. Tidak mampu untuk menghasilhan BOKEH sepertimana LC-A.

LX3 juga memiliki kebolehan yang saya anggap agak luarbiasa kerana rakaman HDnya setaraf saya kira, dengan kualiti 'broadcasting'.Ohhh tak boleh zoom tatkala merakam video... Tak ada BOKEH dalam video. Untuk kamera kompak, anda tetap hebat!

Pemenangnya adalah LX3!

2) Bercerita tentang kulit, baru saya sedari, apabila umur menginjak ke 30-an, saya cenderung untuk memakai kelengkapan saya yang berasaskan kulit! Wallet, beg sandang, kasut. Orang kedai kulit itu berkata "Apabila ada memakai sesuatu yang berasaskan kulit, ia akan bertahan bertahun-tahun lamanya...Nah, di kala itulah kamu akan menghargai barangan kulit tersebut." Yang pastinya, kulit memang BEST!

3) Jurnal bagi orang seni merupakan sesuatu benda yang BEST!. Segalanya di simpan di dalam buku tersebut; gambar, tiket, resit, contengan, lakaran, catitan peristiwa dan sebagainya.

Dah penat, taknak taip dah.

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Thursday, May 20, 2010

Mematangkan Perjalanan

Detik berlalu, sempadan usia ditempoh.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, aku boleh simpulkan style ritma, rentak yang aku alunkan menerusi laluan 'dakwah' ini.

Tahun ke 10 ini adalah tahun yang paling mencabar.
Semakin 'real' dunianya berbanding di tahun 2001 yang lebih bersifat syok sendiri.

Polanya begini, berkumpul dengan sahabat yang faham, bertindak dalam ruang lingkup dan gaya yang sama serta agak membosankan, lantas aku cari jalan keluar untuk mencari pendekatan baru.

Pendekatan yang tidak mencari mad'u untuk progam syok sendiri.
Progam untuk sesuatu yang realiti.

Dikesamping aku menjayakan progam motivasi,
aku mencari kenalan lama, sekolah menengah atau rendah, sahabat kolej juga jika berkesempatan untuk Dakwah kepada mereka.

Sedih dengan sahabat yang tidak bersolat
sedih dengan sahabat yang .....

Oh hari ini tak sempat, lain kali sambung cerita na...


Doakan adik saya agar sembuh penyakit mata

Tuesday, December 22, 2009

HEBAT!

Hari ini sangat indah!
Pagi diri telah pergi ke kedai makan nasi lemak.
Senggelarakan perihal sim prepaid.
Lunch bersama Tuan Tajul.
MPH beli buku conteng-conteng dan MIND SET! oleh John Naisbitt.
Ais blended MOcHA.
Betulkan lampu merah belakang kereta dan akhir sekali beli pisang goreng
dan cempedak goreng untuk mama.

Selepas ini menonton filem KOREA.

What a day!