Tuesday, June 02, 2009

Makan-makan di Shah Alam

Muktamar akan berlangsung tidak lama lagi.
Selamat Bermuktamar!

Adapun, entry saya pada kali ini bukan lah untuk melobi siapa-siapa.

Cuma untuk memberi gambaran umum barang makanan yang anda boleh dapati di Shah Alam ini.

1) Restoran Syed Seksyen 9 - anda boleh mendapatkan Nasi Beriyani Bukhara yang enak.
2) Bariyani POWER di Seksyen 13 tidak kurang hebatnya.
3) Makanan Pagi-ala melayu yang santai, boleh didapati di seksyen 3 dan seksyen 13 juga(La Tansa) Hmnn Laksam die pergh... lagi best daripada yang ada di kelantan.
4) Makanan Ala Thai number UNO adalah di Seksyen 20, berhampiran dengan DarulEhsan Medical Centre.
5) Makanan mamak yang tak menghampakan adalah Bistro Al Raffi di Seksyen 13 dan Mirasa di Seksyen 9.
6) Makanan pagi ala omputeh, saya syorkan Dunkin Donut di Petronas berhadapan Stadium Shah Alam.
7) Bubur nasi yang paling enak adalah di Tesco Ekstra(Food Court) dan di Seksyen 11(Circle).
8) Nasi kawah yang best di dunia Shah Alam adalah di TTDI Shah Alam.Hari Jumaat memang FULL HOUSE!
9) Seksyen 2 aku tak main, sebab penuh dengan bebudak ITM. Tak best!
10) ABC yang best gella terdapat di dalam Giant Seksyen 13 Shah Alam.Kuey Teow/Nasi goreng best gella juga terdapat di sini.
11)Di luar Tesco Ekstra terdapat brother yang menjual laksa di van bergeraknya...Huishh best wo laksa utara tuh...Best best. Cendol dia pun tak kurang hebatnya tetapi Karim Cendol(Van) yang bertapak di Seksyen 9 lagi Hero.
Rojak Karim takyah cakaplah, memang HERO!
12) Cakap pasal HERO, pasaraya Hero di seksyen 13 memang best dan murah. Hhehe air oren kegemaran muda mudi masa kini(aku ler tuh) yang berjenama 'TWISTER" hanya berharga 2 Ringgit manakala harga di luar mencecah 2.40sen sehingga ke 2.60sen.
13)Masakan paling best adalah masakan mama aku.Hanya yang bernasib baik sahaja dapat merasainya...best woooo!

p/s:Nak pergi makan ke nak pergi Muktamar? heh!

Sekian adanya...

3 comments:

nursaiful said...

Nak pergi makan ke nak pergi Muktamar? - heheh... dua-dua tak pergi :-D

Tawel Sensei said...

Boss, Bistro al-Raffi kat Seksyen 18 tu pun tak menghampakan juga ke? :D

Abqori said...

Huh! Ingin saja kutinggalkan blog ini kerana mengundang rasa jeles dan rinduku terhadap makanan-makanan Malaysia.