Wednesday, October 27, 2010

Ada apa di dalam beg sandang kamu?








Jika anda di tahun 80-an, buku nota(jurnal), kamera automatik dan walkman kaset pasti menjadi inti kandung di dalam beg sandang kulit anda.

Tahun 90-an, discman, digital diari dan gameboy di dalam beg sandang kanvas kamu.

Di tahun 2000-an pula, mp3, digital kamera, handphone, psp, thumbdrive mengambil alih tempat di dalam beg sandang crumpler kamu.

Kini, di tahun 2010, lelaki seni 'typical' ini memilih untuk meletakkan Kamers LC-A (atau LX3), buku nota dan pen di dalam beg sandang kulitnya. Thumb drive mungkin aksesori tambahan.

1) Perbezaan kesan penggunaan antara kamera digital LX3 dengan kamera filem LC-A.
Kamera digital, biasanya boleh mengambil sehingga 400 keping gambar dengan kualiti tinggi dan baterinya mungkin bertahan setengah hari pada maksimum penggunaan.
Kamera filem LC-A pula, baterinya mungkin bertahan selama sebulan pada penggunaan maksimum dan kos penyenggelaraan yang mahal untuk menerbitkan gambar di alam digital. Oh ya, filem pun terhad kepada 36 keping gambar untuk satu gulungan filem, itupun jika tangkapannya elok.

Dari segi congakan kasar psychology, pengguna kamera filem lebih cenderung untuk berhati-hati atau mengambil gambar yang paling 'significant', manakala pengguna kamera digital akan 'snap' sesedap 'ruang yang terdapat di memori chip kameranya dan juga jangka hayat bateri, selama mana ia bertahan.

Dari segi kecenderungan untuk mencetak gambar, sudah tentulah pemenangnya adalah pemilik kamera filem. Kecenderungan untuk berkongsi gambar di alam maya, dimenangi oleh kamera digital.

LC-A kamera filem ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Gambarnya yang tersendiri menyebabkan ramai yang terjebak untuk memilikinya walaupun harganya jauh lebih mahal daripada kos pembuatannya. Emm maksud saya lebih lebih lebih mahal!

LX3 adalah lagenda untuk kompak kamera digital. Pengendalian secara manual seluruhnya, penambahan lensa, penambahan lampu flash menyebahkan ianya menjadi kegilaan peminat kamera kompak seperti saya.Namun ia juga mempunya keterbatasannya tersendiri. Tidak mampu untuk menghasilhan BOKEH sepertimana LC-A.

LX3 juga memiliki kebolehan yang saya anggap agak luarbiasa kerana rakaman HDnya setaraf saya kira, dengan kualiti 'broadcasting'.Ohhh tak boleh zoom tatkala merakam video... Tak ada BOKEH dalam video. Untuk kamera kompak, anda tetap hebat!

Pemenangnya adalah LX3!

2) Bercerita tentang kulit, baru saya sedari, apabila umur menginjak ke 30-an, saya cenderung untuk memakai kelengkapan saya yang berasaskan kulit! Wallet, beg sandang, kasut. Orang kedai kulit itu berkata "Apabila ada memakai sesuatu yang berasaskan kulit, ia akan bertahan bertahun-tahun lamanya...Nah, di kala itulah kamu akan menghargai barangan kulit tersebut." Yang pastinya, kulit memang BEST!

3) Jurnal bagi orang seni merupakan sesuatu benda yang BEST!. Segalanya di simpan di dalam buku tersebut; gambar, tiket, resit, contengan, lakaran, catitan peristiwa dan sebagainya.

Dah penat, taknak taip dah.

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

2 comments:

suara said...

Salam dhuat,
Rasanya kalau beg perempuan, lain sikit isi dalam begnya. Lebih pelbagai! Biasa la kan.

Bagi kak su dan hubby, barangan kulit menjadi pilihan bukan apa, sbb ianya tahan lebih lama. Selalunya beg dan kasut je. Baju? Tak pernah ada.

Tawel Sensei said...

Alamak tuan. Apa definisi beg galas ni? Aku pakai beg yang pakai kat belakang tu je kadang-kadang (macam budak-budak ni pegi sekolah).

Dalam kebanyakan masa-masa lain, tak pernah usung apa-apa beg. Hehe.