Sunday, March 06, 2011

"Kalau orang berbudi..kenapa kita tidak berbahasa?"

Ungkapan di atas adalah kata hikmat Arwah adikku, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd.
Ahmad seorang yang periang, happy-go-lucky, mesra, manja. Dia mahu lihat isterinya bahagia. Dia sangat cinta isteri dan anak-anaknya Wan Nadaa dan Wan Marwa, dunia dan akhirat.
Satu-satunya sahabat baiknya di dunia dan akhirat adalah isterinya, isterinya dan isterinya iaitu Aini Nurbaya Abd Rashid.

Mereka bahagia, saya doakan mereka bahagia sampai ke syurga.

Ya, saya berbangga dengan adik saya ini, menjadi Imigresen Atase'.
Adik saya Nor, saya cukup kagum dan bangga dengan beliau, sangat tabah.
(Thumbs UP! termasuk ibu jari kaki)

Kalian akan berbahagia di syurga, dunia ni sebentar saja.

Bak kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, "Dunia bawah dagu, akhirat depan mata."

Dia sangat bahagia menjalani kehidupannya di Islamabad bersama keluarganya yang dikasihi.

Apa Wan Ahmad suka? Ohh sangat banyak!

Wan Ahmad cinta Aini Nurbaya, Wan Nadaa, Wan Marwa.

Cinta blogging, nafastari, mawarnafastari, Levi's, Hush Puppies, Rayban, Giordano, IKEA, Laksa Kak Zue, Filem Le Grand Voyage (Filem terakhir beliau tonton bersama kami), kuah singgang, lauk masakan Aini Nurbaya, masakan Chek, masakan mama, gosok baju sampai kemas, basuh baju sampai bersih, berborak dengan kembarnya, banyak lagilah... Aini Nurbaya lagi tahu...

Lagi?
Adik kesayangan saya ini
Suka berbudi dan berbahasa, penyabar, penyayang, tak lokek wang, berbelanja sakan untuk sanak saudara, mesra, sangka baik, tolong orang...

He gives values to others!

Saya masih dan akan sentiasa berbangga dengannya.
Dia sangat baik, sentiasa disayangi isteri dan anak-anaknya, ibu-bapanya, ibu dan bapa mertua, ipar duainya, adik beradiknya dan juga sahabat handai serta kenalannya.

Insyaallah, kita semua akan bersua di SYURGA.

Al-Fatihah.

1 comment:

~albazrah~ said...

Assalamualaikum, adik ipar dhuat ke? Saya ada baca dulu2 blog tu. Lepas tu kawan2 FB ada juga posting takziah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Takziah...insya Allah mereka akan berhimpun lagi di akhirat nanti. Ramai betul orang cerita tentang arwah. Alhamdulillah dia disayangi ramai orang.