Tuesday, October 25, 2011

Minimalist!

Minimalist dalam konteks aku, bermaksud melakukan kerja yang berkesan dengan kadar yang optimum. Design grafik juga sesuai minimalist, dengan mengurangi unsur 'fine art' yang menyerabutkan. Minimalist adalah cenderung robot, cenderung hasil.

Jikalau ingin bereksperimentasi dengan kamera LC-A, menyusun lagu nan kompleks lagi mendalami jiwa, berpantun puisi sesuka hati, nah ketepikan minimalistmu!
Jikalau ingin bershopping, dampinglah dengan minimalistmu, padah poket jikalau menurut lagak kreatif hatimu.


Hendak cepat siap kerja juga disyorkan berdamping dengannya, kelak mencengkam masa kalau menurut amarah EGO kreatifmu.

Jikalau ingin merakam audio, pastikan ianya sekali 'take' atau 'less than five takes', 'less editing', 'less distortion', 'less time spend to bring out merely sound' pendek kata rakaman pertama itulah dilakukan dengan penuh hati-hati agar tak perlu 'membazirkan masa' untuk mencantikkan kehodohan rakaman suara dek kelemahan kita dalam persediaan rakaman.

ie-good script, lyric, good voice, melody, very very low noise recording, optimum microphone set-up. Juga persediaan studio rakaman yang tersusun akan melancarkan rakaman anda. Jauhi setup caca-merba jikalau ingin lancar dalam proses rakaman ini. Minimalist adik beradik organize.

Jikalau ingin bikin video, video shajalah! janganlah difikirkan tentang bagaimana Special Effect nanti, Soundtrack dan sebagainya. Sediakan script yang bagus dan kamu dapat mengelakkan penggunaan Special Effect yang tak diperlukan langsung pun! Script yang bagus dapat menewaskan filem bodoh yang dipenuhi dengan berjuta Speciall Effects!

Lagu yang bagus dengan gitar akustik je pastilah dapat menewaskan lagu biasa je yang diperbesarkan oleh Philharmonik.

Minimalist juga mengikuti kod etika kepenggunaan. Contohnya mesin basuh yang muatannya 8 kilo memerlukan sabun yang berkadaran dengannya. Jika terkurang, baju tak bersih. Jika berlebihan, baju akan berbuih dan memerlukan basuhan air yang lebih. Bermakna basuhan air sahaja diperlukan 2 kali pusingan lagi untuk menghilangkan buih tersebut.Kadar bersihnya sama sahaja! Tidak mengikut aturan tertentu akan mengakibatkan pembaziran duit, minda, masa, tenaga dan jiwa.

Minimalistlah kamu supaya kamu dapat menghasilkan produk yang banyak dan berkualiti daripada bersandiwara dengan jiwa yang satu habuk pun tak nampak kononnya nak menghasilkan sesuatu yang gempak!

Sesuatu yang besar dihasilkan dengan langkah yang kecil. Niat! Himmah, memetik kata albazrah:

"Kun rajulan rijluhu fi thara, wa hamma himmatahu fi thurayya"
Kata-kata ini diulang oleh emak semenjak kami kecil. Ia tentang himmah. Himmah itu cita-cita atau diertikan sebagai keinginan. Keinginan atau cita-cita yang tinggi di dalam membuat perkara yang baik. Mak mahu anak-anaknya mempunyai ketinggian cita-cita, jangan berputus asa, tidak mudah menyerah kalah. Kalau suatu jalan tidak menjadi perlu dicuba jalan yang lain. Mak mahu anak-anaknya mempunyai keinginan yang tinggi seumpama mencapai bintang thurayya.

Walaupun albazrah tidak pernah tahu yang mana satu bintang thurayya itu.

Proses itu mempunyai fasa-fasanya yang tersendiri.
Jangan rakus, jangan tamak!
Harungilah ia dengan aman walaupun perlahan dan yakinlah anda sedang menuju ke puncaknya!

No comments: