Tuesday, February 14, 2012

Obses dengan perancangan.

Assalamualaikum

Tak tahu bagaimana hendak memulakan. terlalu banyak idea yang hedak ditulis tetapi tak diterbitkan, tidak pula di catatkan di dalam 'idea book' aku.

Alhamdulillah blog kini berwajah baru, terima kasih designer tersohor kami, Cpol. Cpol, tak lama lagi akan sibuk melakukan projek berinersia sepanjang tahun ini, promosi-grafik Filsuf Sufi, dibantu oleh aku.

'Saturday Night Lecture'

Budaya sihat ini harus diteruskan oleh muda mudi di zaman ini. Bapak-bapak saya yang terlibat dengan JIM pada suatu ketika dahulu membudayakan Saturday Night Lecture.

'Dhuat Cafe'

Ini adalah impian aku yang terhebat pernah aku idamkan. Ia merupakan akedemi ilmiah secara tidak langsung.
Cafe ini adalah titik temu antara pelbagai disiplin, ras, kaum, fahaman, dan mereka ini ditemukan dengan satu bahan. Ilmu!

'Menu Cafe'

Memandangkan di Sabah ini aku dan isteri giat memasak, kami menggilapkan 'skill' memasak kami.
Kami telahpun pandai memasak Lasagne, Pasta, Pai, Kek, Cookies, Pasteries, Nachos dan sebagainya. Memandangkan isteriku begitu perihatin mengenai kesihatan,  maka HANYA KOPI ASLI yang dijual di kafe kami. Maksud kami, pra campur kopi, 3 in one, dijauhkan sama sekali. Latte, Cappucino, Mochaciato... ohh teruja aku... Kopi Pagi Zainal Zulia di sini....

'Menu Lectures'

Cafe ini dilengkapi dengan 'Ceramah Keilmuan' pada setiap hujung minggu. Postreum mesti disediakan, berserta papan layar, sound sistem hebat, untuk membantu proses penyampaian ilmu di cafe ini. Aku akan menjemput Etty-memberi lectures mengenai pemakanan diet seimbang, kak Mas, Abang Bad mengenai small kindness, think others, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don mengenai Islam, Berx dan Ijam mengenai fotografi. Zarina Zakiah mengenai kembaranya di Palestina. Akan juga disajikan dengan musik 'live' daripada Zainal Zulia atau dari Bandnya 'Sajakiri'. Deklamasi Sajak pun ada. Syed Zul Tojo, Fahmi Reza akan bagi lectures mengenai documentaries. Wow!

Abang Bad, Cpol dan saya akan mendekemasikan sajak-sajak kami.

Movie screening/debut juga akan dilancarkan di cafe ini. Oh ya lupa nak cerita, adik saya pengarah filem tersohor Malaya ketika itu.

Cukuplah dahulu setakat ini...

No comments: