Wednesday, July 23, 2014

Lagu Raya 2014 (Repost from 2008)


Serulah Nama Tuhan








Serulah Nama Tuhan

dengan penuh keyakinan.
Hancur pihak menentang.
Ya, kita telah menang.(ulang)

Terima kasih Tuhan
atas segala ikhsan,
malam seribu bulan
memimpin kemenangan.

Reff
Saxsafon goreng

Kembali kepada Tuhan
gandakan ketaqwaan
serlahkan ketaatan
hidup matiku untukmu Tuhan (ulang)

Reff
Saxsafon goreng

Serulah Nama Tuhan
dengan penuh keyakinan.
Hancur pihak menentang.
Ya, kita telah menang.(ulang)


Trivia:

Lagu raya aku lain sikit.Tiada kisah duka di hari raya, tiada kuih raya.
Tiada kisah ditinggalkan kekasih di hari raya.Oh ya, mercun pun takde!
Hanya menyatakan perasaan berbangga melaungkan takbir tatkala kemenangan
diberikan oleh ALLAH taala kepada makhluknya yang setia di perperangan
Al-Ahzab selama 2 tahun bertempur.

"Al-Ahzab sentiasa bergema dalam takbir hari raya: "Lailaha IllaLlahu Wahdah, Sodaqo wa'dah, wa Nasoro `abdah, wa a-`Azzajundahu wa Hazamal Ahzaba Wahdah." Yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janji-Nya, dan telah menolong hamba-Nya, dan yang telah memuliakan tentera-Nya, yang berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab (Barisan bersatu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaan-Nya."

Mengajak pendengar untuk kembali kepada fitrah, menjadi hamba yang soleh.
Penyerahan yang TOTAL kepada ALLAH.
Terdapat bunyi guruh di awal lagu untuk menggambarkan kekuasaan ALLAH taala.
Janganlah sesekali terdetik untuk menderhaka kepada Sang Khaliq.

Agak sukar mendapatkan melodi untuk lagu ini kerana ’keyboard’ telahpun rosak.
FX untuk vokal menggunakan HIGH COMPRESSION bagi menggambarkan kejayaan itu bukan mudah, FX ini menghasilkan bunyian vokal yang seakan-akan ’struggle’ dengan bersungguh-sungguh.

Humming dan melodi terpaksa dilakukan berhadapan komputer (keyboard maya) berbanding cara sebelumnya yang lebih ’original’ iaitu menggarap melodi tatkala jemari menyentuh keyboard pejal dan nyata!Tidak hairanlah sekiranya melodi kali ini kurang menyengat sepertimana biasa.(ceh perasan!)

Aku juga suka ’style’ lagu Bruce Springsteen yang memakai bunyi Saxsafon serta
Sheila On 7 yang memakai bunyian string mahupun violin.

Kali ini, dari segi musisi aku bereksperimentasi.Verse suara manusia diselang-selikan dengan chorus tuipan Saxsafon.

Indah!

ALLAHHUAKBAR!

Moga bermanfaat.

Hardware(s) yang membantu aku selama ini:i-pod 4th generation,Panasonic SA-PM25, Line 6 Tone Port KB37, ZOOM H4, ZOOM504 Accoustic, ALTO S-8 mixer, Kenwood Cassette Deck, Phillips LD Karaoke, Pioneer DVD player, Dell Computer, SONY Microphone F-V420, Shiha Microphone, SHARP Mini Disc Recorder, Aiwa Tape Recorder, Aiwa Stereo Microphone, SONY MP3 player, Panasonic CD player, Suzuki Harmonika, YAMAHA keyboards, Tabla, Tamborine, KORG Chromatic Tuner, SONY MDR earphones, AKG K.66 Headphones, Gradolabs SR60 headphones, Altec Lansing Speaker dan tak lupa juga Panasonic kipas yang menyejukkan daku di studio yang panas.

p/s: Masa rakam suara, sila tutup kipas.

Untuk mendownload, sila kehttp://www.4shared.com/file/133094292/c2c35200/aidilfitri08.html

1 comment:

dhuat79 said...

Bagi free mp3 to public since 2000 walau lagu aku.. kira oklah!
Nak contribute duit kopi, sneakers, gadjets pada rakaman terdahulu dan mendatang?
Maybank aku 162106907804 :) Gracias!