Wednesday, July 23, 2014

PALESTINA free mp3






Lirik:Cpol (the Dhuat)
Komposer:Ahmad Dhuat (the Dhuat)
Artis:the Dhuat

Palestina - Dendangan Luka!


Verse

hanya sekadar rasa
tak mampu meroboh tembok sengsara
mana kan bisa merawat luka
sekujur tubuh tersisa

Bridge

bidadari pun hiba
menanti selamanya (di pintunya)
rijal tersungkur bukan di sempadan
tetapi di tilam empuknya

Chorus

Palestina...
(salam yang tiada balasnya)

Palestina...
(saban hari menghitung syuhada)

Palestina
(rindu yang belum menjelma)

Palestina
(keringat, darah dan air mata)

Untuk mendownload lagu, sila right klik download icon di atas.



Nota dari Cpol:

Palestin, di situlah qiblat pertama, di situ letaknya maruah ummah, 
Palestin itu adalah cerminan kepedulian kita. 
Palestin itu terus berduka dan terluka, managih simpati saudara seagama, sekurang-kurangnya untuk berkongsi rasa.

Namun, kamus dunia tidak punya istilah belas, apatah lagi untuk menceritakan erti keadilan. Segala rintihan itu sekadar sia-sia.

Apatah lagi, tatkala umat Islam sudah diulit kemewahan, harta (maddiyyah) sudah menjadi fikrah. 

Siapakah yang ingin menanggalkan gelang emas di tangan, semata-mata untuk menyalutinya dengan nanah dan darah? 

Siapakah insan waras yang sanggup meninggalkan mahligainya demi bernaung di bawah pasir dan debu? 

Siapakah bangsawan yang sanggup menjadi bangkai tanpa nama di hujung senjata? 

Siapa…?

Cukuplah dengan dendangan leka yang saban hari bermain di telinga. 

Cukuplah dengan segala takrifan manja tentang jihad dan dakwah, cukuplah dengan hanya berlipurlara tentang nasib ummah di layar perak. 

Cukuplah dengan segala slogan dan kata-kata. 

Selama mana kita sanggup menipu diri sendiri demi menjadi warga kelas pertama di mata dunia, walhal kita adalah barua yang hina di sisi Allah?

Bukankah tangisan mereka juga seharusnya mengalir di pipi kita?

Renunglah saudara, andai kalam ini masih belum bisa mengetuk kepedulianmu, pasti ada sesuatu yang telah mengalingi nuranimu.

Saya menulis kerana diri yang lupa ini perlu sentiasa diingati, bahawa kita masih punya misi membebaskan kota suci itu, sebelum dijemput ke alam abadi.

1 comment:

dhuat79 said...

Bagi free mp3 to public since 2000 walau lagu aku.. kira oklah!
Nak contribute duit kopi, sneakers, gadjets pada rakaman terdahulu dan mendatang?
Maybank aku 162106907804 :) Gracias!