Wednesday, March 28, 2007

Rakaman Untuk Dunia #7 akan ke udara tak lama lagi.

Saya dengan ikhlas hati, menjemput dj dj di luar sana, di Johor,Kedah,Sabah, Ireland, Jepun,Amerika,UK,Timur Tengah
untuk 'berkoleberasi' dengan saya.

Bersama-sama kita menjayakan rakaman untuk dunia.

Kita laksanakan impuan bersama... -Macam pernah dengar jer heh! :)

Anda cuma perlu email kepada saya mp3 celoteh kamu,temubual,tazkirah,ceramah dan juga lagu mp3(pastikan ianya asli dimana saya lebih 'prefer' indie musik, supaya tak melanggar hakcipta)


Segmennya terserah kamu :)

Musik,tazkirah,politik,mari memasak,teknokrat,dunia buku,sejarah

Setiap segmen = 15-20 minit.

Saya akan 'assamble'kan jadual program supaya ia boleh running seperti radio sebenar,
24 jam play time.

Juga, kalau bloggers di luar sana ingin membuat 'songs dedications' sila hantar mp3 indie anda atau mp3 nasyid retro anda
kepada saya untuk saya memainkan lagu tersebut di dalam RUD7 ini.

Sila NYATAKAN juga alamat blog penerima lagu tersebut serta nama timangannya.

Radio bloggers untuk bloggers.

Assalamualaikum.

p/s:Aku mengimpikan RUD dimainkan di ceruk2 kedai, di dalam kereta (cd), ipod...

Tujuanku hanya satu.MEKARKAN islam di merata dunia.

Bagi yang tak tahu apa itu RUD, ianya bermaksud Rakaman Untuk Dunia!
Radio persendirian saya... Untuk kalian, saya perdengarkan kepada kalian RUD 1-RUD 6.

Semoga terhibur dengan marathon radio blog ini dan moga ianya tak melalaikan kalian dari mengerjakan solat.
RUD adalah RAKAMAN, bermakna kalian harus peka waktu solat kalian kerana di dalamnya tiada Azan berkumandang.


powered by ODEO

Rakaman Untuk Dunia! - Episod Pengenalan oleh DJ Ahmad


powered by ODEO

Rakaman Untuk Dunia 2 - Ada Apa Dengan Ramadhan?
Player hanya dimainkan si situs ini sahaja.

Nak downlaod audio ini? - sila ke http://dhuat.multiply.com/music/item/35
dan downloadlah Rakaman Untuk Dunia Siri ke 2 -Ada Apa Dengan Ramadhan?

Moga bermanfaat.

p/s:Terima Kasih atas sokongan sahabat Rakaman Dunia - Sahabat2 dari Malaysia,Indonesia,Timur Tengah,Australia-Melbourne,UK Ireland...





powered by ODEO

Merangkumi cetuhan rasa peribadi dhuat mengenai Kembali kepada Fitrah.
Tazkirah Akhi Faei
Lagu "Menuju Wawasan" oleh Suara Firdaus
Lagu "142" oleh dhuat



RAKAMAN UNTUK DUNIA 4 - SANTAI


powered by ODEO

Assalamualaikum sahabat semua.
Rakaman untuk dunia 4 sudah ke udara!
Nak tahu apa isikandungnya, lagu-lagunya ?
Silalah dengar....segar!

-silalah download :)



powered by ODEO


Jika streaming terlalu "slow" atau anda tidak punya masa untuk mendengarnya, anda bolehlah mendownloadnya
(right click and save as..) di http://dhuat.multiply.com/music/item/35


Rakaman Untuk Dunia 6- Komen novel "Ayat-ayat Cinta"




powered by ODEO

Kami akui, kami bukanlah pembaca novel tegar, sekadar mencuba-cuba sahaja menjadi pengkritik untuk manfaat sejagat.Harap tiada yang tersinggung ya.

Oh ya lagu NISA GAMES pada akhiran rancangan ini...
Saling cover-mencover (Episod 2)

- Untuk episod 1, sila selongkar entry blog saya yang terdahulu :)

Perbualan di handset, 10 malam.

Kak Imah:
Assalamualaikum Ida, Kak imah ni.

Ida:
(Tersenyum) Ya, saya kenal benar dengan suara itu hehe..
Ya, ada apa kak Imah, on call usrah ker?Ker windue kat ana hik hik!
Kan baru semalam jumpa, haik dah ridue hehe....

Kak Imah:
Dak aih... ni nak mintak tolong buleh dak?Ida busy ka tengah malam gini?

Ida:
Alah kak Imah ni, saya berbesar hati tolong kak Imah.Ha, apa saja, you name it!

Kak Imah
Tolong 'fetch' Hazman and Nonoi kat tempat tuisyen depa, ana rasa ana tak dan dah ni, tengah stuck kat meeting 00000000 Pusat .10:30 pulak tu depa habis tuisyen...Hubby ana outstation...

Ida:
Small matter sis! Leave it to me.You just concentrate on the meeting kay?

Kak Imah:
Jazakallah, ok then. Assalamualaykum.(Tersenyum lega)

Ida:
Waalaykumsalam.

Thursday, March 22, 2007

NASYID RETRO (OLDSKOOL)


powered by ODEO

sumber lagu:asyraffdini@yahoo.com http://wewr.multiply.com

Rintihan Kalbu:Grup Apresiasi Seni

Hari Ini Tiada Senda Dalam Bicara Deru Air Mata Merupakan Segalanya Sang Hati Bicara Sendiri Bangunkan Ummah Bina Generasi Di Bumi Yang Bertuah Ini Diriku Mula Mengenali Matlamat Hidup Sebagai ‘Abdi Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku Kini Sebebas Unggas Terbang Riang Di Angkasa Raya Menyanyi Merdu Irama Kalbu Indahnya, Indahnya, Oh Indahnya

Wahai Generasi Dengarlah Pesanan Ini Bumi Ini Bumi Bertuah Suburnya Sesubur Tanaman di Lembah Melahirkan Insan Berjiwa Tabah

Kutiplah Mutiara, Mutiara Indah Untuk Bekalan Diri Berpindah Sebelum Jejak Kaki Melangkah Sebelum Penyesalan Membawa Padah

Sahabat Seperjuangan Usah Digentar Musuh Di Hadapan Pandanglah Di Depan Balasan Tuhan Syurga Firdaus Menanti Kalian

Teruskan, Oh Teruskan Perjuangan Menegak Kebenaran Di Dalam Kebungkaman Akhir Zaman Selagi Hayat Di Kandung Badan

Wahai Teman Seperjuangan Dengarlah Harapanku Ini Pohon Untuk Dalam Doamu Diriku Pejuang Islam Yang Satu

p/s:BEST GELLA! -budakmenulis yang promote lagu ni kat ana.

Wednesday, March 21, 2007


powered by ODEO

For the sake of ALLAH


Lagu Nasyid saya yang ke 2.(2001) Dinyanyikan oleh Paei@Dhuat. Lirik Berbahasa Inggeris campur Arabic (Fusha)

Pernah menjadi lagu Fenomena/Nostalgia di bumi 'Down Under'. Saya berharap sangat anda mendengar lagu ini.

nak download? sila ke http://dhuat.multiply.com/music/item/27
PANDUAN: SMART WRITING (sumber:http://mynisa.multiply.com)

Ramai orang amat benci menulis, malas menulis surat, memo, kertas kerja, assignment, ataupun satu laporan...kadang-kadang buat modul pun malas. Alasannya ialah, biarlah orang lain yang lakukan, aku bukan ahli yang layak untuk menulis, ader plak yang kata tulisan aku tak berapa baik, tak sedaplah ayat aku, ngan menafikan kehebatan sendiri dan memuja penulisan orang lain. Ia tidak perlu begitu, dan ianya boleh diatasi dengan sedikit kesabaran dan
latihan.
 
Siapakah penulis yang lemah? Penulis yang lemah ialah seseorang yang tidak mahu diri mereka difahami. Sebenarnya, melalui penulisan seseorang. Kita dapat mengenali isi hatinya dan kenali siapa dia...tak percaya cubalah bandingkan hasil tulisan Yusuf Al-Qardhawi ngan Pahrol Md Juoi...bezakan...dan kamu dapat agak mereka tue orang yang macam maner. Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan yang lemah berlaku dengan meluas.
 
Pertama, kita mewarisi banyak amalan menulis dengan lemah daripada orang lain. Bahasa yang berbunga-bunga, berjela-jela, dan bunyinya mcm hebat dianggap sebagai tanda celik huruf di abad ke 19 nie. Untuk berkata, ‘Di sana kita dihamparkan dengan mehnah dan tribulasi yang menjadi asam garam dalam perjuangan’ dianggap sebagai lebih unggul daripada berkata, ‘Halangan Dalam perjuangan’. Kebanyakan latihan kita di peringkat sekolah juga menggalakkan kita menggunakan perkataan yang bombastic dan ungkapan seperti di negeri kayangan sedangkan menulis secara sederhana adalah lebih baik. Perkara begini turut berlaku kat universiti ngan institut pengajian tinggi kita sekarang...ruginya. Abad ke 20 agak berbeza sedikit, perubahan teknologi yang hebat menyebabkan kita susah nak menyembunyikan sesuatu di sebalik penulisan
kita. Percaya tak percayalah, email kita pun orang lain boleh baca, dan kalau kita tengah tension org boleh tahu dengan melihat tulisan kita sahaja...contoh kat dalam siri CSI.
 
Satu lagi punca kita mempunyai penulisan yang lemah ialah keinginan untuk menarik perhatian di antara satu sama lain dengan perbendaharaan kata kita. Para penulis kertas kerja dan artikel akademik sering confius dan menjadikan konsep yang mudah menjadi susah disebabkan bahasa dan tulisan yang susah untuk difahami.

Pemikiran yang berserabut juga merupakan punca penulisan yang lemah. Penulisan adalah luahan fikiran, dan isi hati seseorang. Sekiranya fikirannya lemah dan hatinya gundah gulana dah tentu penulisan juga lemah dan huru-hara. Adakalanya, percubaan untuk menyembunyikan kebodohan atau kebolehan menyelesaikan masalah menyebabkan penggunaan bahasa yang berjela-jela. Menutup fikiran anda, hanya akan memperdayakan pembaca yang paling mudah tertipu. Orang lain mungkin tidak memahami anda, tetapi kebanyakan mereka akan menyedari bahawa anda tidak mahu mereka memahami anda.
 
Memperbaiki penulisan anda, samalah seperti belajar cara berjalan dengan merangkak, berjalan perlahan dan berlari. Menulis adalah cara berkomunikasi yang melibatkan ketajaman fikiran (genius), pertimbangan wajar (rationality), dan membezakan antara orang dewasa dan seorang kanak-kanak (maturity). Menulis sebenarnya excercise yang baik untuk otak kita, di samping menggunakan seluruh pancaindera yang ada seperti sentuhan tangan dan penglihatan.
 
Peraturan untuk menulis adalah simple dan jelas, panduannya
adalah seperti berikut:
1. Membuat Perancangan:
Nak tulis apa? Memo?Surat?Tazkirah?Kertas Kerja? Memo? Atau Laporan?
Untuk Siapa?Kawan?Keluarga?Organisasi?Pelajar?
Isi penting? Contoh? Relevansi?

Jika anda terpaksa menulis sebuah laporan yang panjang, rancang dan draf dahulu. Masa yang diluangkan untuk menulis akan menjadi lebih bernilai. Mengumpul fakta dan menyusun sebelum anda menulis akan memudahkan anda untuk menulisnya.
 
2. Gunalah seberapa banyak kertas yang anda suka, buat fish bones, mind map, carta, jadual, dan aper sahaja yang logik anda buat dengan kertas tue...conteng sajalah. Tinggalkan beberapa ruang kosong untuk buat semakan pada draf tersebut. Sekiranya
ok...tak perlu salin balik...gunakannya terus. Menulis memberikan ruang kebebasan untuk anda membenarkan pemikiran anda mengalir tanpa sekatan.
 
3. Fokus pada pembaca anda. Apakah maklumat yang ingin anda sampaikan kepada mereka. Apakah pendekatan yang terbaik untuk tackle hati mereka. Bercakap dengan gaya bahasa mereka...kalau nta, gunakan ntalah, kalau orang yang kita kenal gunakanlah awak ker, kamu, anda dan perkataan yang sesuai. Nyatakan tujuan utama dari mula dan terangkan secara teratur.

4. Jangan gunakan perkataan yang tidak perlu. Ringkaskan penulisan anda membenarkan perkara penting terserlah. Setelah menulisnya, semak dan padamkan apa-apa perkataan yang tidak perlu. Ia mendatangkan banyak faedah untuk gaya penulisan anda.
 
5. Biarkannya ringkas. Menulislah dengan tujuan mencari keredhaan Allah dan membuktikan kebenaran kalimah-kalimah Allah dan Sunnah RasulNya dan bukannya untuk menarik perhatian. Guna ayat, perenggan dan perkataan yang pendek-pendek. Bermadah tidak
bermakna dapat menyatakan sesuatu dengan jelas. Setiap ayat harus menyampaikan satu makna dan setiap perenggan seharusnya untuk satu isi penting. Biasanya, walaupun tak selalu...ayat pertama adalah ayat tajuk.
 
6. Elak gunakan perkataan yang samar-samar. Walaupun kadang-kadang semua perkataan adalah samar...tak selalu. Tulisan merupakan komunikasi sehala iaitu pembacanya tidak memerlukan penulis untuk menerangkan apa yang ditulis. Semua kita pernah mengalaminya...iaitu tidak faham dengan apa yang ditulis dan membuat pelbagai andaian dari tulisan tersebut. Sesetengah sebenarnya ditulis dengan niat yang lain iaitu untuk menunjuk-nunjuk betapa luas perbendaharaan mereka dan ilmu mereka...tue jadi tak sedap dibaca.
 
7. Tulis ikut cara anda sendiri...be free. Menulis menunjukkan pemikiran anda yang sebenar di atas sehelai kertas. Tulis ikut cara anda bercakap dan mudah difahami. Apabila kita menulis seperti gaya kita bercakap, gaya penulisan kita cenderung untuk menjadi lebih bertenaga, tepat dan aktif. Kadang-kadang dominanlah jugak...sehingga ada yang tertarik dan sanggup buat koleksi yang bernilai...
 
8. Jangan memandang rendah kecerdasan pembaca atau menjangka pengetahuan mereka. Tulislah secara terus terang dan mudah difahami...menulis mengikut tahap pembaca tue lain plak ceritanya...
 
Sebenarnya, banyak buku yang mengajar cara menulis, dan tajuk penulisan yang berkesan. Beratus-ratus ribu...trilion...jutalion lah jugak. Tapi, pilihlah cara yang sesuai dengan diri anda supaya dapat digunakan untuk mendidik generasi Islam dan kebangkitan Islam semula. Jika anda menulis atau forwardkan hasil tulisan orang lain pastikan ianya jelas dan benar...jangan mudah tertipu oleh tulisan yang tidak jelas dan nyata.
 
p/s: kita bleh tahu siapa seseorang tue melalui tulisannya...

Wassalam
 
Bacalah seratus buku sekalipun...belum tentu anda dapat menulisnya walau sebuah...jika anda tidak mula menulis

Sunday, March 18, 2007

"kehidupan tidak dikuasai oleh kebenaran, kebaikan tidak akan bisa tersebar luas, keadilan tidak mungkin ditegakkan, dan nilai-nilai luhur tidak akan berkibar di angkasa selama kehidupan dipegang oleh manusia yang bekerja semata-mata ingin memperoleh kemewahan dunia, selama kehidupan dikendalikan oleh orang-orang yang di dalam berjuang hanya ingin diperhatikan, ingin didengarkan orang lain, dan agar reputasinya selalu dibicarakan orang.."

Aku dapat mesej ini dari dr gMex

Saturday, March 17, 2007

Assalamualaikum semua

Ana tidaklah arif sangat tentang u tube ni.

Sekadar membantu sahabat.

Baiklah Nai dan juga para bloggers yang di luar sana, pada kali ini cikgu Dhuat akan mengajar kalian teknik-teknik untuk encrypt video utube dan seterusnya kalian bolehlah menontonnya di PC berulang kali tanpa melayari internet.
Menontonnya di kaca TV pun boleh ! :)

Langkah 1: Layari http://www.youtubex.com/

Langkah 2: masukkan url video utube anda di "blank box" berwarna putih bersih itu.



Langkah 3:Download perisian untuk melihat video menerusi (1) FLV player (format FLV) ataupun anda boleh juga convert ke format MPG (2) untuk membolehkan anda mainkan file tersebut ke PC tanpa menggunakan FLV player dan anda boleh juga burn format MPG tersebut ke format VCD.



Nota:
(1) Disarankan untuk mendownload kedua-dua software di atas.
(2) kredit to cikgu suhaib
(3) Cikgu dah lama tak pakai PC, cikgu pakai Apple computer di sekolah.Tapi cikgu faham benar "ilmu segera" yang diajarkan oleh bro suhaib menerusi YM petang tadi.
(4) Semoga kalian berjaya! terutamanya kamu Nai, hmnn kalau kalian ada apa-apa masalah, silalah letakkan pertanyaan anda menerusi ruangan comments di bawah.Nak email cikgu pun takper.
(5) Oklah cikgu nak sambung kerja ni..

Assalamualaikum semua... Kelas bersurai.
BANGUNLAH ! (Dedicated to bro Tawel)


powered by ODEO



Flashback memori lagu lama.

Album Pertama Dhuat
For the sake of ALLAH

Tajuk lagu: "Teruskanlah Berjuang."

Teruskanlah berjuang, hai teman,
Berjuang habis - habisan!

Ku tahu, kau "gerhana" kerana masalah,
ingatkah di suatu ketika dulu kau sangat gagah?

Usahlah kau berduka wahai teman, sayang.
Bangunlah, dan campakkan selimut itu.

Teruskanlah berjuang, hai teman,
Berjuang habis - habisan!

Moga ALLAH meniupkan, semangat pada mu
Agar kau sentasa cekal bertenaga.

Larilah sepantasmu menuju kiblatmu,
sertai kami, dan ALLAH kan membantumu.

Teruskanlah berjuang, hai teman,
Berjuang habis - habisan!

Prosa/Ritma:Ahmad
Tahun Produksi:2002

Basically lagu ni nak bagi semangat kepada para duat ntuk lebih bergaya eh bukan, lebih berusaha sehabis baik ntuk menyebarkan risalah ALLAH dan pastikan Islam terlaksana.Semestinya kita berlaku soleh.Moga yang tengah feeling down tu bangkit semula ya!Lagu ini untuk anda dan maaf ya kalau lagu ni tak sedap mana :)

Friday, March 16, 2007

Panel kiri blog ini

sila-silalah ziarah ke blog berikut:

budakmenulis
drzackyah
zahraannur
penselwarna
abunaqibah

ALLAHHUAKBAR!
Kupasan Lirik Romeo+Layla.

Baiklah, saya terpaksa ceritakan juga bahawa kami(saya dan juga sahabat dhuat) bukan setakat membuat musik dan lirik semata.
Mungkin MUSIK lebih tertonjol di sini kerana itu adalah seperti yang dimahukan oleh penulis.(Penulis bias hehe)

Ya kami juga mengikuti program seperti kalian, berusrah , pergi DEMO, hantar memorandom, pilihanraya, program Amal Maaruf Nahi Mungkar, menulis untuk menegur dan apa saja untuk memartabatkan islam.Overhaul!

Yang ingin saya tonjolkan di sini adalah 'karya yang bukan retorik'.(maaf kalau terkasar bahasa)
Retorik di sini bermaksud semata-mata bernyanyi tanpa membuat kerja-kerja daawah,
merangka program untuk generasi mendatang untuk kembalikan islam kepada tempatnya.

Hasil islami lahir dari ROH islami.

Baiklah kita kembali kepada perbincangan mengenai lirik Romeo+Layla.

1)Pertembungan budaya (Middle East meet West)
2)Perbezaan pemahaman islam dimana Layla adalah jauh lebih thiqoh.
3)Hormati wanita dengan melakukan perkara yang wajar sahaja untuk menikahinya (baca:BUKAN BERCOUPLE!)
4)Tiada dating-dating di sini.
5)Cara gentleman/bersungguh adalah menyatakan hasrat kepada ayah si gadis.
6)Seperti selalunya anak yang solehah akan akur kepada keputusan ayah.
7)Ayah yang bijak akan berbincang dan bertanya kepada isteri serta anak gadisnya sebelum membuat sebarang keputusan.
8)Ayah Layla memang mengasihi Romeo seperti anak sendiri.
9)Keindahan islam merapatkan jurang 2 lelaki yang berbeza usia.
10)Dengan mendalami/memahami islam, kita akan lebih menghormati dan menghargai sesiapa sahaja yang sefikrah.
11)Cinta kepada ALLAH adalah cinta yang TERAGUNG.

Cukuplah setakat tu kot, nanti tambah lagi.... Cpol,Paiji,Elmaf,Duduh sila tambahkan isi ana ni....
Yang lain juga sila tambahkan isi ... Ahmad WM? Budak menulis? pendapat anda?

Wednesday, March 14, 2007

Romeo+Layla (Demo)


powered by ODEO

Narrator:
Di kaki escalator,
menuju ke tempat kerja,
terlihat pemuda mengorat si dara.

Si pemuda namanya Romeo,
hasil daripada pendidikan secular,
terpukau dengan kecantikan si Layla,

Layla:
"Aku bukan dagangan.
Aku bukan murahan.
Kembalilah kau kepada punca."

Si Romeo kekagetan
dengan tikaman jawapan.
Romeo malu tidak terhingga.

Itu sudah 3 tahun lamanya,
sekarang Romeo ligat berusaha
memartabatkan Islam di persada dunia.

Dengan tidak disangka-sangka,
ayahnya si Layla,
pejuang setia seperti mana juga Romeo haha(suspen)

Mereka sering bersama
merperjuangkan agama
mengorbankan harta, jiwa dan raga.

Satu tika Romeo terlihat
si Layla menjemput ayahnya (ayah Layla)
Oh! alangkah terkejut terkesima!(Romeo)

Romeo membuat pengakuan
kepada ayahnya si Layla
tentang nakalnya dia(Romeo) di waktu muda.

Romeo ingin membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan.
Oh adakah si Layla masih keseorangan?

Romeo:
"Wahai ayah si Layla,
ingin hamba bertanya,
Adakah si Layla sudah ada kumbangnya?"

Ayah Layla:
"Wahai sang pejuang setia.
Ya, si Layla sudahpun berpunya,
namun tidaklah bermaksud dirimu hina."

Si Romeo akur dan redha.
Meneruskan perjuangan juga
walaupun tidak dapat bersama dengan si Layla...

Prosa/Ritma: Dhuat
Album:Revolusi Pejuang Sejati 2007

Nota:Moga cerita ini menjadi pengiktibaran.Seperti selalunya, lagu folk menceritakan kisah benar.(Yang ini campur-campur)
Oh ya lagu folk seperti Dire Straits,Tom Waits,Bruce Springsteen, Eric Clapton,Bob Dylan memang ku kagumi.Tapi aku harus mengolah dengan baik supaya genre yang menarik ini dapat menyumbang kepada penghayatan islam seterusnya menyedarkan orang ramai supaya kembali kepada islam.Seperti format 'folk song' yang lain, ia mempunyai narrator dan juga dialog.Lagu folk lebih kepada penceritaan.Story Telling.Suara lain kira hehe...

Semoga bermanfaat!

Tuesday, March 13, 2007

Para Pejuang Sejati sekalian,
ikhlas dari kami (Cpol dan Ahmad)
lagu membakar semangat
juang ntuk Islam tercinta...

Ya ALLAH, perbetulkan niat kami. Amin.

Terimalah...

"Laungan Takbir" - rentak waltz. kenapa ya? entahlah...


powered by ODEO

verse 1
semarak imanmu serlahkanlah
sekian lama digugah parah
kini masanya untuk melangkah
bersama berjuang menegak daulah

Reff
laungkan takbir kemuliaan
merongkah tembok kezaliman
pemuda, engkaulah taruhan
Islam kan kembali di persada

verse 2
hiduplah sebagai wira agama
gugurmu bersama gelaran syuhada'
kerana dirimu selamanya dicipta
berjuang demi agama tercinta

Reff
laungkan takbir kemuliaan
merongkah tembok kezaliman
pemuda, engkaulah taruhan
Islam kan kembali di persada

Prosa:Cpol
Ritma:Ahmad
Album:Pesanan kepada Dunia
Tahun Produksi:2004

untuk download, sila ke http://dhuat.multiply.com/music

p/s:Ni lagu paling favourite aku.
IKHLAS 2004


powered by ODEO

Verse

jangan biarkan langkahmu
beriring pesona dan puji
bisanya apa kau tahu
menghapus amal yang murni...

Verse 2

pandanglah pada batinmu
nawaitu pada Ilahi
usahalah apa kau mahu
syurgawi taman abadi...

Chorus

usahlah bermain kata
andai di hati tak kausanggupi
berjuang di medan nyata
kejujuranmu pasti teruji...

Verse 3

melangkah atau tergugah
sunnah berjuang kaukan tempuhi
beringat walau selangkah
agar di sana tak kausesali...

Verse 4

nawaitu nilaian Tuhan
usah dicemar nafsu insani
murnikan amal tindakan
cerminan mukmin sejati

Prosa:Cpol
Ritma:Dhuat
Album:Pesanan Kepada Dunia (2004)
“Kibaran Islam” 2004


powered by ODEO

verse 1

Apakah masih ada khabar gembira untuk dibangga?
Melihat di hadapan mata, ummatmu derita dan sengsara…

verse 2

Menanti ketika kisah suram ummat tercinta.
Berlalu berganti suria, menyinar, indahnya oh indahnya…

Bridge

Hulurkan sejuta tangan membina satu impian…
Maralah sejuta langkah, satu nawaitu, satu arah…

Chorus

Pastikan esok nan tiba bersama Islam di persada…
Mengharum setanggi dunia sejahtera selama-lamanya… (repeat till fade)

Prosa: Cpol (http://savetherebels.blogsavy.com)
Ritma: Ahmad (http://kaset79.blogspot.com)

Monday, March 12, 2007

SATU


powered by ODEO

TIKA DIRIKU DIBUAI MIMPI
DIRIMU BERLARI MENGEJAR CITA
KUKIRA REMBULAN TEMAN SEJATI
BAGIMU MENTARI SAHABAT SETIA

DALAM NADA KUBERBICARA
DIRIMU SEPI SERIBU BAHASA
TATKALA MENGIYAKAN KUMENGAKUI
DIRIMU SEKADAR MENYUARAKAN NAFI

C/O
MEMANG KITA NYATA BERBEZA
HITAM DAN PUTIH TIDAK SENADA
NAMUN PABILA TIBA TIKANYA
SEARAH KITA QIBLAT YANG SAMA

DI TAUTAN AQIDAH YANG SATU
MAHABBAH JALINKAN PADU
USAH PERBEZAAN MEMISAHKAN
UMMAH INI KITA SATUKAN...

Prosa:Cpol
Ritma:Dhuat

Album:Pesanan Kepada Dunia 2004

Nota: Sekarang ni semakin galak perperangan METHODOLOGY/TEOLOGY.
Aku tak pandai tulis bahan ilmiah, hanya pandai menyanyi walaupun tak sedap.Moga bermanfaat. Maaf kalau salah 'timing'... sekadar berkongsi....
Assalamualaikum para bloggers...

Saya minta maaf sekiranya link kalian tidak ada dalam blog saya, kalau boleh, tinggalkanlah link di ruangan comments ini anda supaya saya dapat meletakkannya(update links) di panel sebelah kiri blog saya. Sekian terima kasih.

Oh ya, sila - silalah ke link kawan bloggers baru saya.

kamilstudios
Bro Motivasi
Zuhdi:Diefly
Yamina
Ahmad WM
faizulafzan
CPOL
bangkhaizee
Helangdeli
aminbakish
matatinta

Yang lain, akan dikemaskini kemudian

Mr Dhuat

Sunday, March 11, 2007

STUDIOKU ROSAK!

Iya, sudah lama studioku rosak-enjinnya! maka sebab itulah sejak kebelakangan ini dhuat selalu sahaja melakukan rakaman langsung dan tidak melakukan rakaman menggunakan "STUDIO".Ya banyak rakaman sketch dilakukan, cakar ayam.
Rakaman bersungguh hanya dapat dilakukan apabila enjin dapat dipulihkan.Paiji berkhutbah kepadaku, "Mad, kau kene belajarlah untuk perbaiki enjin itu, bukan setakat tahu guna sahaja, benda itu penting buatmu."

Baiklah ini adalah lagu rakaman langsung yang pertama-kalinya kubuat semenjak enjinku rosak...
Rakaman sekitar akhir 2006.

-Karya Klasik Meowsoleh Dilagukan oleh dhuat-

Lahir dari tugasan kursus penglahiran bakat dan karya kreatif, ianya adalah bentuk syair. Cuma itu lah, mesej dia agak tegas sedikit, bayangkan syair yang kita alunkan begitu mendayu-dayu tetapi terkandung di dalamnya mesej yang tegas yang menyentuh soal akidah.

-Meowsoleh (sekitar 2001-2002 kot)

BATAS IMAN DAN KUFUR.
(pantun Molek 2)


powered by ODEO

Iman itu sangat berharga,
Jadi perisai kepada noda,
Boleh bertambah berkurang juga,
Menjadi syarat untuk ke syurga.

Hindarkan perkara yang membatalkannya,
Amalkan perkara yang meningkatkannya,
Banyakkan amal setiap masa,
Itulah amalan insan bertaqwa.

Kufur pula sangat merbahaya,
Boleh membawa kita ke neraka,
Mendapatkannya senang sahaja,
Jauhi perintah dekati laranganNya.

Ayuhlah bersama wahai saudara,
Tingkatkan iman di dalam dada,
Jauhi kekufuran di dalam jiwa,
Agar hidup aman bahagia.

Saturday, March 10, 2007

(Lagu berikut bakal dirakam oleh geng Dhuat tak lama lagi. Kene ajak meow-soleh, azizi and paiji pi studio jamming/recording balek macam kita muda2 dulu hehe..Lagu REBEL BEB!Paiji sedang menyiapkan lirik Rasuah insyaallah, ku tunggu jua liriknya)

Tajuk:JANGAN BERZINA


SUDAH BERKALI KU DENGAR
SUDAH PUAS KU LIHAT
DAN TELAH SEBATI DALAM MASYARAKAT
ADA YANG MENCEMUH
ADA YANG SUKA
ADA YANG MALU
ADAKAH YANG BERFIKIR?


MANA JATI DIRI MU YANG DULU-DULU
MANA MALU MU PADA ORANG TUA-TUA
MANA PERGINYA TERTIB MELAYU MU
YANG SELALU DIBANGGA-BANGGA PEMIMPIN MU
KE MANA SEBENARNYA HALA TUJU MU...


ATAU MUNGKIN TERLALU MUDA
UNTUK MENJADI HAMBA
INGIN MENUNGGU PUASNYA SEGALA HALWA
KALAULAH PUAS
KALAU TAK PUAS-PUAS?


DALAM MENCARI DI MANA SILAPNYA
MERENUNG DENGAN ILMU-ILMUNYA
MELIHAT JAUH KEDALAM MATA HATI
MEMBUANG SEGALA NAFSU SYAHWAT YANG
AKAN MENYEKAT SEGALA KEBENARAN.


BUKAN KERANA BUTA
BUKAN KERANA JAHIL
BUKAN KERANA INGKAR
TAPI KERANA TERLALU MENGIKUTI
TANPA SEDAR KITA SUDAH TERLALU JAUH
MUNGKIN JAUH KE DALAM LUBANG CACING
MACAM YANG TELAH DIUCAP NABI DULU.

PROSA:Lutfi WM
RITMA:Dhuat



Nota oleh Ahmad WM saudaraku.
(Saudara Ahmad WM mempunyai kembar.Kembarnyalah yang merangka lirik mantap ini)

Melayu Dari Kaca Mata Lutfi WM
Saudara kembar penulis bukan seorang penulis tetapi dia sangat berminat dengan sastera melayu dan kami sentiasa membaca dan bertukar-tukar bahan bacaan sejak daripada zaman sekolah menengah lagi. Dia jarang menulis, tetapi seingat penulis semasa di sekolah menengah dulu dia pernah menghasilkan sebuah cerpen yang sangat saya kagumi dengan cara penceritaan dan laras bahasa yang digunakan. Kami menghantar cerpen itu kepada guru yang bertanggungjawab kepada sidang redaksi majalah sekolah, tetapi cerpen tersebut tidak disiarkan. Penulis berasa sangat kecewa, lebih-lebih lagi apabila melihat cerpen yang tersiar adalah jauh terkebawah mutunya daripada yang ditulis olehnya.

Dua hari lepas saya membuka komputer peribadinya dan menjumpai sebuah sajak yang saya suka. Saya bertanya mengenainya pada dia. Lalu dijawab, dia menulisnya selepas dia terlalu kecewa kerana melihat sepasang anak muda melayu-Islam yang tidak segan silu berpeluk dan bercium di khalayak. Saya yakin dia menulis puisi ini dari bisikan hatinya dan saya juga telah mendapat kebenaran daripadanya untuk disiarkan di sini.

(sini=http://nafastari.blogspot.com/)

Friday, March 09, 2007

SYUHADA 05


powered by ODEO

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (2x)

Verse 1

Usah diberi alasan pelbagai,
ayuh laksanakan kerja.
Kembangkan Islam yang tercinta,
kembalikan syiar kita.

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (2x)

Verse 2

Ayuh berikrar pejuang setia,
pertahankan Islam tercinta.
Selagi hayat di kandung badan,
Islam kan kami tegakkan.

Reff

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu

ALLAH para syuhada
ALLAH selamatkan kamu (3x till fade)

The Dhuat
Album: Pejuang Sejati (2005)
Prosa/Ritma: Ahmad
Lagu Daei (Dialog bersama Mera NaqibHe)


powered by ODEO

Naqib:(Memberi nasihat kepada anak usrahnya)
Sembahlah ALLAH, ikut Rasul ALLAH sehabis dayamu,
buang segala duka segala sengketa dan sia-sia.

Berilmulah,berimanlah dan berhikmahlah.
Moga amalanmu mendapat keredhaanNya.

Dhuat:(Berdoa kepada ALLAH)
Oh di manakah salahku?
Ikhlaskah diriku
*Bimbinglah daku,
ku ingin ke situ (Syurga)


*(Tarbiyah/didikan dari perancangan Naqib atau secara ujian langsung dari ALLAH)

Prosa/Ritma:Ahmad
Album:Pejuang Sejati 2005

p/s:Lagu ini lebih kepada muhasabah diri berbanding lagu INILAH KAMI, SYUHADA dan REVOLUSI PEJUANG SEJATI yang lebih menjurus kepada semangat berjuang yang berkobar-kobar.Moga lagu-lagu kami ini bisa membakar semangat juang kalian dan kami juga mendapat saham hasil perjuangan kalian.Insyaallah, kita jumpa di SYURGA!
INILAH KAMI (2005)


powered by ODEO

kami bukan sasterawan negara
mendamba rasa di hujung tinta
kami hanya penyampai kata
risalah Allah Yang Esa

bukan kami pejuang perwira
dikagumi kesatriaannya
kami hanyalah anak muda
mengagumi fikrah yang nyata

kami sekadar bersuara
mengingatkan sesama kita
kamilah pewaris negara
dakwah kami buat semua

hanya kami aktivis muda
ingin hidup dalam agama
fahamilah kami semua
kami hanya penyampai kata

Album:Gagasan Pendakwah 2005

Prosa:Cpol Ritma:Ahmad

Saya tujukan lagu ini buat ANDA SEMUA :)

( Anda boleh mendownload lagu ini di http://dhuat.multiply.com/music/item/40 )

Tuesday, March 06, 2007

Revolusi Pejuang Sejati..

Ekperimentasi Folk Rock/Sajak Rebel - Musik yang Janggal

Tentu ada sahabat yang tertanya-tanya, kenapa lagu Dhuat pada kali ini ritmanya amat janggal dan sukar diterima halwa telinga.
Hehe kalau nak terbiasa dengan melodi sebegini, ulangmainlah banyak kali pastinya boleh diterima telinga nanti hehe...




Berikut adalah komen mengenai Melodi yang janggal ini hehe


el_mafraqi
he he he.. ok ok lagu dulu..

dhuat79
refer kat blog aku utk notakakinya yg kurang berasas tu hehe

el_mafraqi
well.. lirik bagus..
nada.. agak asing bagi ana

dhuat79
haha memang..
ni genre sajak rebel agak baru di Malaysia
haha

el_mafraqi
pitching pulak macam hantam ja

dhuat79
memang disengajakan hehe

el_mafraqi
ooo ada ke rebel punya lagu
sori bro ana lemah skit info tentang musik ni

dhuat79
ekpressi marah, sebab tu melodi tak berapa HERO
tapi komen anda bagus...
cuma jgan dok biasa nyanyi salah pitching camni, hanya profesional jer buleh wat cam gitu... :P

Bloggers komen please...

Monday, March 05, 2007

Revolusi Pejuang Sejati (versi demo/sketch)



powered by ODEO

Mumbling:
Aku tak punya senjata
seperti duta Amerika,
juga tak pernah ku bangga
budaya pop antarabangsa....

Kau dengan caramu,
aku dengan caraku.
Kita GEGAR GELOMBANG DUNIA
kembalikan ISLAM yang satu...

(suara ramai-ramai)
REVOLUSI Sang pejuang sejati
kami rela mati
untuk sampai syahid tertinggi

Prosa/Ritma:Ahmad

Nota: Suatu ketika dahulu(sebelum 1991), musik Rock Amerika diharamkan di Russia,
mereka mengusahakan polka,rock waltz dalam musik pop mereka.
Yang ingin ku sampaikan di sini adalah lagu folk rock/rebel/sajak.
Hasil kajianku, Malaysia amat jiwang mungkin kerana cuaca khatulistiwa Malaysia yang amat selesa, berbeza di kawasan tropika di Thailand dan Indonesia, tambahan pula mereka ditindas habis-habisan dimana mereka sanggup berbunuhan demi untuk memberi anak mereka makan dek ketandusan makanan yang amat KRONIK! Kita di Malaysia amat selesa walaupun tol dinaikkan, hmnn budaya "tak apalah" menyebabkan kita dicandu dengan lelagu jiwang karat geli tanpa menghirau-peka keadaan realiti generasi kita yang kian ditindas.Diibaratkan Komunis ala Demokrasi.Makanya hasil musik kita takkan sama dengan mereka, musik umpama suara hati mereka yang kebuluran, kita cuma lagu duka ditinggalkan sang bidadari, heh.Berubahlah!

oh ya, kalau streaming tersangkut-sangkut, kalian bolehlah download lagu ini di multiply saya di bahagian lagu baru dhuat.
Terima kasih.

Thursday, March 01, 2007