Friday, August 08, 2008

Realiti dalam berdakwah

Rata-ratanya, ramai yang berminat untuk menyerahkan tampuk pimpinan kepada mereka yang CREAM atau yang mempunyai SINAR berbanding orang yang biasa-biasa(aku lah tu).

Pada kebiasaannya, mereka telahpun digilap sedari sekolah berasrama penuh.Sifatnya selalunya sama, kepimpinan sekolah, pengawas, pembimbing rakan sebaya, atlet sukan, ahli debat, masing-masing menunjukkan SINAR sedari sekolah sehinggalah mereka mengambil tampuk pimpinan di IPT, seterusnya menyerapkan diri di persada dakwah tempatan.

Kebiasaanya mereka ini kerek sedikit hehe.

Adaptasi dari kelompok mereka yang terlalu HEBAT than THOU kepada kelompok yang biasa-biasa ini, memerlukan proses transisi yang menyeluruh.

Walaupun sopan santun diterapkan, penggunaan bahasa, daya intelektual juga perlu dikawal agar kelompok yang baru ditemui ini tidak terasa seperti ada gap.

Mereka yang tiada tempat di IPT, dimakan usia, seolah-olah disisihkan oleh penggilap dakwah.
Banyak usaha penggilapan dilakukan ke atas pelajar timur tengah, luar negara dan IPT tempatan.

Orang yang biasa-biasa ini bagaimana? Kamipun ingin diberikan perhatian juga.

Flashback!
Sewaktu usiaku di darjah enam, pada hari yang tertentu, Zia seorang pelajar cemerlang tidak hadir ke kelas.Guru matematik kami, merasakan suatu kerugian besar kerana pelajar cemerlangnya tiada bersama pada hari itu.Dialog kasihnya berbunyi begini "Zia mana ya?".Ohh.. bestnya jadi Zia kan?

Habis, kami orang biasa-biasa ini bagaimana?Ada yang memberikan perhatian?

Nah para pendakwah semua, saya ingin mengajak anda supaya merubah mentaliti tersebut.
Cream atau tak cream bukannya persoalan pokok.

Pokoknya adalah kesemua mereka ini harus diberikan peluang yang sama.
Kemudianlah baru ke peringkat seterusnya, mereka yang berminat akan digilap dengan serious.

Yang saya amati, pimpinan Universiti ini, secara drastiknya akan berpengkalan di Pusat, berbanding di kawasan-kawasan atau cawangan-cawangan.

Sedang orang yang biasa-biasa ini, walau ada peluang untuk mereka ini menjadi pendakwah sejati, namun penumpuan terhadap mereka amat sedikit.Maka, sedikitlah dari kalangan mereka yang biasa-biasa ini menjadi pimpinan.

LOOSEN UP dan TOUCH THE GROUND, istilah yang amat diperlukan bagi pimpinan IPT ini mengadaptasi pengalaman kepimpinannya ke ruang dakwah yang sebenar.

Sebenarnya, yang ana nak kata cuma ini sahaja;

Mulakan dakwah di tempat anda dengan penuh kasih sayang.

1 comment:

nursaiful said...

hehe...cam sedih je dengar :-D

Biar di mana kita berada, yang penting 'dakwah perlu terus jalan', kerana di posisi manapun kita, ada tugas dan peranannya.

emm... bab bedah lirik tu, ana dah cuba faham 2-3 kali, tapi tak fahamlah... berat sangat.

yang ana nampak cuma beberapa baris ayat yang 'tidak sihat' - mungkin sebagai protes atau kritik si penulis lirik terhadap sesuatu.

siiru a'la barakatillah.