Friday, July 28, 2006

Tun DR M diserang di KB
ikuti laporan live dari sana jam 3 petang ini.

Ya sekarang ini!

Sila layari

http://wtv8.tv
Aku akan ke DEMO hari ini
Yuk turut serta ke Kampung baru.

OH YA. Lupa nak promote 2 link baru iaitu

1)Revolusi Pejuang Sejati - untuk lagu Pejuang.
http://revolusi.bloggoing.com

2)Airmas_Sz - Untuk lagu sajak.
http://airmas.blogspot.com/

Best bangat deh!
Sila silalah ke blog mereka.
Email google aku - kaset79 digondam!
Di dalam email tersebut terkandung beberapa lagu terbaik aku.

Aku yakin bahawa yang menggondam itu bukan islam (orang putih).

Namun, penghasilan musik harus diteruskan biarpun hampir kesemua "back up" file aku hilang.

Sebabnya adalah

1) Hard Disk PC aku rosak
2) Ipod rosak
3) Back up di internet digondam.

Ok takpe.

Di kesempatan ini aku ingin mencoret perihal kaset79.

Kenapa Rakaman Untuk Dunia?

Baiklah, di sini kalau ada fanatik mawi tuh, sori yek aku terlebih dahulu utarakan perkataan WORLD tetapi ramai yang tak perasan heheh.

Rakaman Untuk Dunia bermaksud untuk memperketengahkan musik nasihat kepada seantero dunia.
Aku tahu ini memerlukan kerja yang teliti.
Oleh sebab itulah aku ingin merakam semula karya terbaik aku dan menyanyikannya semula dalam bahasa global iaitu bahasa Arab, China, English dan Peranchis.

Sejarah awal rakaman.
Tadika- menggunakan radio tape recorder berjenama "sencor".
Aku tergelak apabila pamanku merakam suara tangisanku semasa bertelagah dengan adikku aku kira.
Aku tertarik dengan bunyi yang dirakamkan (terutanmanya suara aku:) )

Tahun-tahun berikutnya aku sudah pandai membuat dubbing, membuat rakaman dimana aku bisa berdialog dengan rakaman yang aku rakam seolah-olah aku berbicara dengan radio.

Semasa di tingkataan 1, aku melakukan rakaman radio kaset.Ya, aku menjadi DJ nya.Berceloteh, menghiburkan dan memainkan musik yang terhangat di ketika itu.Kaset itu didengari oleh kebanyakan rakan sekelasku.Mereka terhibur dengannya.

Semasa di tingkatan3, aku meneruskan karya stesen radio kaset aku yang aku gelarkan rancangannya Gelombang 1 3 6 7!
Semasa di tingkatan 4 pula, aku melakukan perubahan di sekolahku dengan memperkenalkan sistem dubbing dalam pementasan drama.Ya, aku juga adalah direktornya.Dan apabila kau menjadi direktor, amat kontradik untuk menjadi heronya, maka; aku cuma menjadi pemain tambahan (second hero).Antara drama pentas yang aku arahkan adalah
spoof Anakku Sazali, Star Wars, untuk Hari Pengawas di mana pengawas di sekolahku berlakon drama pentas 'Alibaba dan 40 orang penyamun' untuk dipersembahkan kepada pengawas2 yang hadir di sekitar lembah kelang.Di hari persaraan Guru Besar kami, dimana aku diminta untuk mengarah drama di hari persaraan Guru Besar kami.(sound FX menjadi majorku di ketika ini)

Dan untuk pertama kalinya, dalam drama tersebut juga, aku dan sahabatku menyanyi live dalam drama tersebut.Lagu yang aku gubah tersebut bertajuk "Selamat tinggal bungaku'.

Semasa aku di kolej seni, ya aku sememangnya designer tetapi aku malas berkarya dan sebab itulah blog aku tak secantik mana.Semasa aku di kolej seni, aku giat pergi Jamming dengan Rock Band aku yang namanya berubah-rubah seperti the Blisters, Sarcarstique dan sebagainya.Rakaman live semasa jamming memang menjadi kebiasaanku.Setelah mendengar rakaman, barulah kami sedar bahawa kami bukanlah bagus sangat.Sekadar ingin cuba cuba dan berhibur sahaja.
Antara lagu yang kami sering dendangkan adalah Hidup Brsama, River of Alkaline, Boo Hoo Clapping songs, Subang Parade(lagu gatal ciptaanku).Terdapat juga beberapa lagu yang aku enggan nyanyikan kerana bertentangan dengan Aqidah dan juga beberapa lirik yang aku tukar agar tidak langgar syariat islam contohnya lirik berbunyi "suicide is the best solution" aku tukar ke "suicide is the bad solution"

Mungkin bagi kesemua ahli band aku, obsessi mereka terhadap musik tidaklah sekuat aku.
Pada jangkamasa yang sama juga, aku telah berjaya memperoleh ilmu PC Multitrack Recording yang agak baru pada zaman itu.Ada 2 artis sahabatku menggunakan kepakaranku untuk merakamkan lagu mereka.

Prosesnya memang agak rumit bermula dari proses rakaman, Mixing dan seterusnya Mastering.
Aku tak berapa fasih dalam proses Mastering di ketika itu.

Setelah 3 tahun di kolej Seni, aku terbang ke negara Kanggaroo untuk melanjutkan Degree aku.
Di sana aku menjadi DJ untuk siaran radio berbahasa Melayu.Pada ketika ini, tak banyak rakaman dihasilkan, cuma ada rakaman luar di mana aku menemuramah penduduk melayu di sana untuk dedikasi lagu sahaja.
Di sana, aku jadi LAIN.Perubahan attitude yang mendadak! Kenapa dan bagaimana akan aku ceritakan di entry lain.

Sekembalinya aku ke Malaysia, aku memulakan rakaman nasyidku yang pertama.

Apa yang aku nak? Apa matlamat aku? Apa tujuan aku? Bila?

Rata2 aku dapat merumuskan bahawa jikalau sesorang itu UNDECISIVE, dia akan keliru dan hilang punca dan
tak tahu apa sebenarnya yang dia mahukan.

... (bersambung)

Thursday, July 20, 2006

komen pak kebun(http://bicarapakkebun.blogspot.com/) berkenaan "Naratif Ogonshoto"

"Saya melihat 'Naratif Ogonshoto' ini sebuah buku yang berkonsepkan 'Novel-cerpen' iaitu ia boleh wujud dalam bentuk dua keadaan.

Apabila dibaca secara keseluruhan, ia merupakan sebuah novel, walaubagaimanapun, jika dibaca secara berasingan, ia boleh wujud sebagai cerpen."

hmnnn...

Teringin benar hendak membaca buku gaya penulisan sedemikian.

2 dalam satu.


*Idea yang bagus untuk dipraktikkan lagu-lagu saya ke dalam CD...
(kalau lagu didengar secara berterusan dari satu lagu ke satu lagu yang lain,
seolah2 penceritaan yang panjang dan kalau didengar hanya satu lagu, ia menonjol sebagai 1 lagu shj.

Nota: pembikinan sebegini harus dirancang dengan teliti.
Aku anak Super Man

Sebahagian besar kanak-kanak di dunia pernah memasang angan-angan menjadi hebat seperti superman. Aku lain, aku mahu jadi Super Man.

Arwah bapak aku adalah Super Man. Arwah seorang yang ceria dan suka tolong orang. Ketika dia hidup, jiran dan kawan-kawannya selalu datang ke rumahnya untuk minta tolong darinya. Di poketnya sentiasa ada kotak rokok. Dia hanya simpan dan sengaja tayangkan rokok itu pada orang. Katanya, itu cara untuk merapatkan hubungan antara kawan.

Pada hari terakhir arwah hidup. Bas yang dipandunya putus brek. Ketika itu dia hanya ada 2 pilihan. Samada masuk ke dalam gaung ataupun merempuh penghalang jalan. Dia memilih merempuh penghalang jalan kerana sekiranya dia memilih gaung, semua yang ada di dalam bas pasti mati. Memilih merempuh penghalang jalan sekurang-kurangya dapat mengurangkan jumlah kematian. Namun pilihan merempuh penghalang jalan adalah pilihan yang paling memeritkan kerana dia perlu mengawal bas di bahagian hadapan dan maut pasti menunggunya.

Dia sempat menjerit kepada semua penumpang supaya berganjak ke belakang bas. Dia tekad mahu selamatkan banyak nyawa semampu mungkin. Ketika itu, hanya dia sahaja yang berada di hadapan mengawal bas. Hasil dari itu, beberapa penumpang terselamat. Penumpang itulah yang menceritakan sifat Super Man ayah aku. Kejadian itu berlaku pada bulan Syawal,tahun 1990 di Karak Highway.

Selepas arwah meninggal. Barulah aku sekeluarga tahu… dia juga adalah penyumbang tetap bagi persatuan orang buta Malaysia. Walaupun masa hidupnya dia hanyalah seorang pemandu bas ekspres.

Kisah ayah aku telah dinovelkan, masuk berita perdana, masuk majalah, juga masuk dalam rencana Majalah 3. Bukan setakat dalam negara, malah tersebar di seluruh asia hingga ke Jepun. Namun, berapa keratkah yang masih ingat dengan Azis bin Razak?

Baru-baru ini aku jatuh sakit. Pagi sebelum aku jatuh sakit, berulang kali aku berdoa pada Tuhan supaya aku menjadi Super Man. Bukan pertama kali aku berdoa sedemikian rupa, cuma kali ini lebih panjang dan penuh harap.

Petangnya kepala aku pening. Tekak aku loya-loya. Malamnya perut aku sakit. Aku tahu, bapak aku pernah sakit dan aku masih tidak putus asa untuk jadi Super Man seperti dia. Banyak lagi sejarah terpuji dirinya yang tidak diceritakan. Aku bangga jadi anak Azis bin Razak!

Al- Fatihah untu Azis bin Razak, The Real Super Man.

by Alif Style, (http://www.cartoonrama.com)
silalah beli komik terbaru beliau.
I don't like writing some thing just for the sake of writing, bombastic words, wild theories, rhymes...

Without purpose.

Same goes with melodies, simply making music for the sake of passionate, art or whatsoever except for one and only.

Master of the Universe

ALLAH.
Kamus Fikir

tran\scend (trn-snd)
v. tran\scend\ed, tran\scend\ing, tran\scends
v.tr.
1. To pass beyond the limits of: emotions that transcend understanding.
2. To be greater than, as in intensity or power; surpass: love that transcends infatuation. See Synonyms at excel.
3. To exist above and independent of (material experience or the universe): "One never can see the thing in itself, because the mind does not transcend phenomena" Hilaire Belloc.

cog\ni\tion (kg-nshn)
n.
1. The mental process of knowing, including aspects such as awareness, perception, reasoning, and judgment.
2. That which comes to be known, as through perception, reasoning, or intuition; knowledge.

skep\ti\cal also scep\ti\cal (skpt-kl)
adj.
1. Marked by or given to doubt; questioning: a skeptical attitude; skeptical of political promises.
2. Relating to or characteristic of skeptics or skepticism.

Adj. 1. sceptical - marked by or given to doubt; "a skeptical attitude"; "a skeptical listener"
doubting, questioning, skeptical
distrustful - having or showing distrust; "a man of distrustful nature"; "my experience...in other fields of law has made me distrustful of rules of thumb generally"- B.N.Cardozo; "vigilant and distrustful superintendence"- Thomas Jefferson
2. sceptical - denying or questioning the tenets of especially a religion; "a skeptical approach to the nature of miracles"
disbelieving, skeptical, unbelieving
incredulous - not disposed or willing to believe; unbelieving

(nailofar slalu guna perkataan skeptikal nie...)

rujukan:http://www.thefreedictionary.com

Wednesday, July 19, 2006

Contemporary writing

"Sementara itu, Al Attas menyedari bahawa beberapa idea utamanya telah diambil tanpa pengakuan yang sewajarnya, menulis:

Terlepas daripada kewajipan moral, tujuan mengakui sumber asal sesuatu idea yang penting adalah menunjukkan kepada mereka yang menekuni subjek itu agar mengetahui arah yang benar demi kepentingan masyarakat; sehingga mereka tidak akan salah dalam memahami nilai dan kesahihan idea itu serta dalam pengembangan dan penjelasannya lebih lanjut sesuai dengan alur pemikiran yang terdapat di dalamnya.Kesemuanya itu hanya dapat dilakukan dengan benar oleh sumber aslinya.Namun, jika para penulis Muslim, baik dalam bahasa Inggeris, Arab, mahupun dalam bahasa lain, terbiasa mendakwa idea penting orang lain sebagai idea mereka sendiri atau sebagai idea orang lain lagi yang bukan pemilik asal idea itu, sesungguhnya mereka sama dengan menghancurkan sumber yang asli dan menghilangkan pengetahuan masyarakat dari arah yang benar."


m/s:338

(currently "skip reading":Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas. Satu huraian konsep asli Islamisasi)


Penulis:Wan Mohd Nor Wan Daud

(fuhh penat aku taip balik heheh)

Pada hemat saya, ayat di atas menceritakan tentang perlunya untuk menceritakan dari mana asal usul barang sesuatu idea (tulisan,gambaran,lirik,musik) agar gagasan yang sebenarnya yang hendak diterapkan kepada audiens oleh pengkarya asal dapat disalurkan secara telus/jujur.Paling tidak, audiens dapat mencari(research) sumber asal sesuatu karya agar dapat menghuraikan/membincangkan secara ilmiah.

Sesungguhnya ilmu Hadith adalah ilmu ke2 tertinggi setelah ilmu Al Quran.

Fikirkanlah ya?

Persediaan materi da hampir siap.

Persediaan vokal n minda jer belom.

Freedom to sing.

dan lagu yang tak siap siap.

ntah bila nak siap...
Apart from other Malaysian Heroes (Pejuang Agama to be precise... ) semenjak Tanah Melayu menganut ISLAM, Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria

Monday, July 17, 2006

Sila fwdkan artikel dibawah, sebarkan, photostat, letak di dalam blog etc...
kalau boleh, AMBIL CUTI pada JUMAAT 28/7/06.Expresskan/nyatakan sokongan anda dalam bentuk tandatangan dan hadirkan diri ke PUTRAJAYA.

Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada;

1. Kupasan kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang di hadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta

2. Berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As-Sakinah Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk ulasan pelan tindakan akan diadakan pada;

1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan akan diberikan oleh wakil Ahli Jawatankuasa Peguam Pembela Islam (PPI).

2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangka pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

3. Ahad 16-Julai-2006, 08.30am di Unisel, SS7 Shah Alam untuk sessi taklimat isu semasa oleh Peguam & Bekas Presiden Majlis Peguam.

Kehadiran & hebahan untuk kedua program ini diharapkan sepenuhnya & menjadi kewajipan untuk umat setiap Muslim bertindak.

MUQADDIMAH

Maksud hadith;

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad)" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka.

Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara…

Apa pendirian kita…?

LATAR BELAKANG

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.

Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

FAKTA KES

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

a. Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
b. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
c. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.

Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

d. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

e. Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

f. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

g. Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

MENGAPA KES LINA JOY?

Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka.

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”

TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

Secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;

Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.

14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma; peguampembelaislam@yahoogroups.com

PENUTUP

Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam.
Bagaimana agaknya cara untuk kita ingat memperingati sesama lain? Kalau dulu-dulu, peringatan dapat dibuat dalam bentuk syair dan gurindam, sebagai media untuk memberi nasihat dan membentuk semangat. Misalnya syair-syair Acheh yang diseliti dengan selawat, termasyhur sewaktu peperangan melawan Belanda dulu, telah berjaya dalam membakar semangat jihad pada jiwa pemuda-pemudi Acheh. Contohnya:

Jak tamurang hai boh atee;
mujak matee beuta ridha;
hudon adoe gulam beuda;
jak prang kaphee cang belanda.

yang berarti:

Pergi berperang hai buah hati(ku);
redhakan sekiranya mati akhirnya;
bangunlah dik, sandang senapang;
pergi perangi kafir belanda laknat ilahi.

http://kajangmelipat.blogspot.com
DOA

kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

13 November 1943
Chairil Anwar
Indonesia
Isu Mawi, AF.bola, Siti. apalah sangat kalau
nak dibandingkan isu PALESTINE.

Antara sebab tidak pekalah
makanya kebanyakkan rakyat suka
berita picisan, musik murahan.

Revolusi media harus bermula.

Thursday, July 13, 2006

Hadirkah anda pada demontrasi antikonsert Sheila Majid pada tahun 1989?

maser tuh aku kecik agi hehe
PAS tidak akan hadir di Turki, Mesir, Palestin, Indonesia dan dimana-mana dimuka dunia sekalipun untuk membawa gagasan perjuangannya. Bagi PAS, HAMAS adalah PAS di Palestin dan PAS adalah HAMAS di Malaysia. Bagi PAS, IKHWANUL MUSLIMIN adalah PAS di Mesir dan PAS adalah IKHWANUL MUSLIMIN di Malaysia. Bagi PAS, HEZBOLLAH adalah PAS di Syria dan PAS adalah HEZBOLLAH di Malaysia. Kita adalah keluarga besar perjuangan Islam yang saling bahu membahu untuk menegakkan khilafah dimuka bumi ini. Ini adalah kesungguhan yang telah PAS tunjukkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘’Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal.'’
1) Perang Uhud

Kerana musuh terlalu ramai, Nabi Muhammad saw berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya berasa kurang tepat.

Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakal dengan berserah kepada Allah.

Lalu Nabi masuk ke rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Apabila Nabi keluar, ramai antara sahabat yang mengusulkan untuk menyerang tadi, menarik usul mereka kembali kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi adalah benar. Tetapi, keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."


2) Hadith

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya: Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: ‘’Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?'’ Rasulullah s.a.w. menjawab: ‘’Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.'’ (Riwayat Muslim)
Hadis Rasulullah s.a.w,

“Kebijaksanaan itu adalah sesuatu
barang tercicir (yang hilang) bagi orang-orang yang
beriman. Maka di mana sahaja ia menjumpainya, maka
hendaklah ia mengambilnya.”

Tuesday, July 11, 2006

Kata Mutiara Umar. lebih kurang ginilah

Jadilah kamu,orang yg hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Pendapat aku, dari mimpiku

Orang yg tidak peka,
tidak akan tahu
berapa kalikah dia telah
melalui laluan yg sama acapkali,
kerana dia tidak sedar (mungkin selesa)
maka itulah ;
dia masih di takuk lama (laluan yg sama)
iaitu tiada kemajuan (pembaharuan).

Thursday, July 06, 2006

rozmal menulis "AYUH !! Sertai Demonstrasi Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Orang Awam dan Rakyat Palestin selepas Solat Jumaat 7 Julai 2006 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Yang bekerja sila mohon cuti. Yang tidak dapat bercuti beri sumbangan kepada mereka yang hendak pergi tetapi tidak mampu.

Tuesday, July 04, 2006

Kisah nenek jual sayur

NOOR FAZRINA KAMAL

KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata uzurnya.

Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk mencari nafkah demi menyara hidupnya. Dalam usia yang mencecah 87 tahun, kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi

sayur-sayuran serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma

menjual dengan harga 30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran. Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.

Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang dikenali sebagai 'nenek jual sayur' di kalangan jirannya dilihat sedang berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya.Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang ke rumah.Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki. Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu."Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni," ujarnya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan. Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan jurugambar amat terharu. Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya."Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita hari ini," katanya ceria sambil menjawab soalan saya. Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya. Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar jiran mengaji.Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak."Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di sini," ujarnya tersenyum. Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.

Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang

tinggal setingkat dengan rumahnya."Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual. Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi

mungkin kesan sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran," ujarnya sayu.Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot. "Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian," katanya sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang

tersirat di hati saya.Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia

dan anaknya. Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan darinya. "Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek

akan sedekahkan pada kanak-kanak," tambahnya.Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa depannya."Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata, nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan sesiapa, selagi hayat dikandung badan," katanya menutup perbualan.Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba baru-baru ini.Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha. Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya

untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di

1205, Blok E,
Flat Taman Putra Damai,
Kelana Jaya,
Selangor

Atau hubungi jiran nenek Halimah di talian 016-6384741.