Saturday, September 15, 2012
AUDIO:Nama-nama yang takkan aku lupakan.
Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..
Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..
Nama-nama yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku aku memerlukan..
Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..
Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..
Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..
Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..
Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..
Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...
Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..
Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah
Persahabatan sejati umpama penyatuan hati-hati, perkongsiaan masa suka dan duka. Persahabatan adalah tentang kebolehan merasai apa yang sahabat kita rasai. Ia tidak punya masa, umur, warna atau jantina. Ia tidak punya sempadan. Ianya adalah tentang sifat kaya hati dalam menerima kelemahan sahabat serta menambahkan kelebihan sahabat..
Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah..
Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...
Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan...
Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...
Bersahabat adalah suatu rahmat...
Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..
Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..
Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..
Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah..
Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku..
Wednesday, September 12, 2012
Tips untuk membuat Montaj yang best!
1)Idea/story board yang JELAS dan kemas. Tak semestinya komplikated.
2)Gambar dan video yang hebat. Pilih shot atau klip yang jitu, yakni yang betul-betul cantik videonya, gambarnya. Biasanya gambar yang focus lebih berjaya berbanding gambar general.
3)Ambil masa untuk pilih fonts yang cantik atau bermain grafik. Tapi awas, jangan terlalu fine art. Pastikan ia simple dan mencapai maksud.
4)Pilih lagu tema yang paling sesuai/sedap/dan betul-betul kena dengan konsep penceritaan. Bunyi FX juga boleh disertakan.
5)Editing biar kemas, tepat dan motionnya beriringan dengan musik.
Nah selamat mencuba!
Saturday, September 08, 2012
Friday, September 07, 2012
Kopi pagi bersama Papa.
Suasana pagi itu di PPAS sangat indah! Aku dan Papa menikmati
pemandangan yang cantik di Café PPAS. Kami berdua menghirup kopi putih dengan
aroma ‘memori’ yang penuh nostalgia buat kami berdua.
Pagi itu dingin. Pemandangan pagi hijau segar. Kenangan
manis kami menikmati kopi di pagi itu sangat bermakna. PRICELESS! Bak kata
orang putih.
Papa adalah penggemar Nescafé sedari 80-an lagi. Kopi putih
itu adalah pengaruh aku terhadap Papa.
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana. Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!
Semasa menghantar aku ke Melbourne, Papa suka minum Cuppuchino di sana. Ia ternya Café sangat sedap, melata di Melbourne dan budaya kopinya sangat kaya!
Di tahun 90-an budaya minum kopi malam di gerai menjadi
budaya kami semasa bulan ramadhan seusai terawikh. Abang E, adikku Faizul, aku
dan Papa singgah di gerai untuk mencicip cangkir individu kami. Aku dengan the tarikku,
Abang E juga. Adikku Faizul mungkin dengan Milo Ais atau Horlicknya. Papa seperti
biasa, setia bersama Nescafé tarik kegemarannya.
Adikku Hafiz, pembikin filem yang mula menempa namanya,
bersama Kamil sepupuku serta adikku Safuan, kuajak menikmati kopi di kedai yang
agak mahal. Sengaja ingin kuberikan ‘feel’ yang berbeza kepada mereka.Kami
berborak lama-lama kerana tak berbaloi menghirup kopi mahal dan pulang segera
di tempat ang konon ekslusif itu. Borak filem, minum kopi. Akhirnya, sengaja
juga Hafiz membayar kopi kami J.
Hafiz sinonim dengan kopi kedai mamak, terbukti mampu menghasilkan karya
SUPERSTAR! Tanpa perlu menghirup kopi mahal!
Mama adalah pembuat kopi O yang hebat! Abang Bad dan bos aku Wan di Leo Burnett dulu, sering sahaja aku kongsikan isi kandung termos biruku. Mereka menyukainya! Selain Mama, Kak Yah juga adalah pembuat kopi O yang hebat!
Adikku Aini penggemar kopi yang tegar! Adikku Faizul juga.
Adikku Nurbaya juga. Kakakku Ainol juga. Azlan Syah juga! Kami keluarga penggear kopi.
Adikku Aini, sering sahaja menikmati kopi untuk memulakan
harinya. Kopi mahal jangan ceritalah! Kopi Kemaman Hai Peng, dialah hantunya.
Starbucks, Cool Planet adalah mainannya. Port kopi, tanya dia.
Adikku Nurbaya, sedari zaman Universiti, pemanas air dibawa semata-mata untuk kopinya. Adiku Faizul, penggemar Nescafé apabila menginjak dewasa. Pada satu ketika, beliau terpaksa minum kopi tanpa susu kerana lactose intolerance. Aku pula mengalami lactose intolerance beberapa tahun kemudian daripadanya. Beliau yang mengajarkan kepadaku bahawa badanku telah tepu untuk dimasuki susu. Ada sepanjang satu tahun itu, aku hanya minum kopi O.
Ada tiga sahabat kopi yang aku rindu untuk berkopi dengan
mereka. Elmafraqi, Tawel dan tentunya Zainal Zulia. Di kebanyakan waktu, mereka
yang belanjaku. Insyaallah aku akan belanja mereka pada waktu yang mendatang. We
shall chatting like nobody’s business!.
Berbalik kepada hero cerita ini, Papa. Semasa kecilnya,
Atukku bekerja sendiri sebagai prebet sapu. Sangat comel cara mereka minum teh
susu. Zaman tu zaman budget lah kan. Atuk aku bukannya orang kaya pun. Sebab
itu, kalau mereka minum, Atuk aku akan pesan satu teh susu dan Papa akan minum pakai piring dan Atukku pakai
cawan. Air dibahagi dua! Comel kan?
Usahlah ditanyakan kenapa aku mencintai kopi kerana ia
telahpun berkembang sekian lamanya di dalam sejarah keluargaku…
Aku akan buka kedai kopi. (Insyaallah)
Penggemar kopi putih, kopi O dan latte adalah aku!
Thursday, September 06, 2012
"Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho
"Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho
by Mr Dhuat on Friday, 13 April 2012 at 11:42 ·
Sumber: "Bak sungai yang mengalir" oleh Paulo Coelho
Seorang pelajar lelaki telah memerhatikan neneknya menulis surat. Pada satu ketika dia bertanya:
Adakah nenek menulis cerita tentang apa yang kami lakukan? Adakah cerita mengenai saya? 'Neneknya berhenti menulis surat itu dan berkata kepada cucunya:Saya menulis mengenai anda, sebenarnya, tetapi lebih penting daripada bait kata di sini adalah pensil yang saya gunakan.
Saya harap kamu akan menjadi seperti pensil ini apabila kamu membesar kelak.
Terpana, budak itu melihat pada pensil. Ianya tidak kelihatan seperti sangat istimewa.'Tetapi ia hanya seperti pensil biasa yang pernah saya lihat!'
'Itu bergantung kepada bagaimana anda melihat sesuatu perkara. Ia mempunyai 5 kualiti, jika anda berjaya berpaut dengannya, akan membuat anda seorang yang sentiasa aman dengan dunia. '
'Kualiti Pertama: anda mampu perkara yang besar - besar, tetapi anda tidak pernah lupa bahawa terdapat tangan yang membimbing langkah-langkah anda.
Tuhan, dan Dia sentiasa memberi petunjuk kita mengikut kehendak-Nya.
'Kualiti Kedua: sekarang dan kemudian, saya perlu berhenti menulis dan menggunakan pengasah pensil 1. Yang menjadikan pensil itu menderita sedikit, tetapi selepas itu, beliau lebih tajam. Jadi, anda juga mesti belajar untuk menanggung kesakitan dan kesedihan yang tertentu, kerana ia akan membuat anda seorang yang lebih baik.
'Kualiti Ketiga: pensil sentiasa membenarkan kita untuk menggunakan pemadam, menggosok sebarang kesilapan. Ini bermakna bahawa membetulkan sesuatu yang kita lakukan tidak semestinya sesuatu yang buruk, ia membantu agar sentiasa berada di landasan keadilan '.
Kualiti Keempat: Perkara yang sebenarnya bukanlah luaran kayu itu, tetapi bahagian dalaman iaitu grafit(arang). Jadi sentiasalah memberi perhatian kepada apa yang berlaku di dalam diri anda.
''Akhirnya, kualiti pensel kelima: ia sentiasa meninggalkan tanda/kesan. Hanya dalam cara yang sama, anda perlu tahu bahawa semua yang anda lakukan dalam hidup akan meninggalkan kesan, jadi cubalah untuk menjadi lebih peka terhadap setiap perlakuan anda.
Terjemahan pemahaman sendiri oleh kaset79
Sunday, September 02, 2012
Tips mengambil gambar menggunakan phone camera
Tips mengambil gambar dengan phone camera.
1) Bawa telefon anda sentiasa.
2) Fokus subjek yang menarik.
3) Pastikan cahaya/ISO/white balace yang sesuai.
4) Komposisi yang kemas.
5) Stabilkan kedudukan kamera.
6) SNAP!
Nah sila praktikkan tips di atas, insyaallah pasti ada perubahan menarik terhadap gambar anda walaupun anda cuma memakai kamera telefon!
Subscribe to:
Posts (Atom)